Rakyat

Permohonan MyKasih Kapital Kini Dibuka, Bantuan Hingga RM1000 Untuk Wanita

479
SHARES
mykasih kapital

Berita baik untuk kaum wanita, bantuan MyKasih Kapital kini dibuka!

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM2 juta bagi program MyKasih Kapital yang menyasar untuk memperkasakan usahawan wanita yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, program itu akan dilaksanakan melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan yayasan itu juga akan melakukan kajian penilaian keberhasilan ke atas usahawan yang telah menerima geran tersebut.

Rina yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN berkata, suntikan dana MyKasih Kapital akan bergantung kepada jenis perniagaan iaitu minimum RM500 dan maksimum RM1,000.

“Kajian itu pula akan menilai kesan impak sosial yang dihasilkan menerusi pemberian geran seperti jumlah pendapatan yang mampu dijana setiap penerima,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan geran MyKasih Kapital,.

Rina berkata, setakat ini pihaknya telah menerima hampir 12,000 permohonan dan pemohon akan disenarai pendek sebelum diberi geran.

“Sekiranya perlu, kami akan memohon dana tambahan daripada kerajaan bagi memanfaatkan lebih ramai wanita lagi,” katanya.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih Kapital khususnya untuk kaum wanita yang berminat untuk memohon.

Apakah Bantuan MyKasih Kapital?

Program Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021.

Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan.

Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Mykasih kapital

Baca juga: Ibu B40 Layak Terima RM200 sebulan. Ini Cara Mohon Program KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)

Objektif MyKasih Kapital

  1. Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  2. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  3. Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Jumlah Bantuan Dana MyKasih Kapital

Suntikan dana MyKasih Kapital akan bergantung kepada jenis perniagaan iaitu minimum RM500 dan maksimum RM1,000.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  2. Golongan wanita sahaja
  3. Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  4. Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  5. Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  6. Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

Cara Permohonan

Permohonan MyKasih Kapital boleh dibuat secara atas talian.

Cara memohon:

  1. Layari laman web Yayasan Kebajikan Negara di https://yknm.org.my/
  2. Isi borang permohonan di pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScN38AiRaxxGVjsxHiOzWr4sD6-kF1rRKbXtbNgwQF2Db3bQw/viewform
  3. Lengkapkan borang permohonan
  4. Klik HANTAR

Mykasih kapital

Maklumat Lanjut

Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital
Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 61200 Putrajaya

No. telefon : 03 – 8323 2433

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×