Hebahan

Kaki Shopping Tegar Memang Pantang Nampak Diskaun Sehingga 90%. Hanya di MYCYBERSALE 2015!

mycybersale 2015

Saya memang kaki shopping. Pantang ada nampak tulisan SALE di mana-mana tempat membeli-belah, automatik badan saya akan bergerak ke arah situ. Bagaikan ada magnet yang menarik kaki saya ke situ. Hebat betul kuasa magnet itu bukan?.

sale-sale-sale-90

Kadang-kadang, bukannya rancang untuk beli apa-apa. Sekadar cuci mata sahaja. Cuma apabila sudah cuci mata, kadang-kadang sangkut juga satu atau dua barang.

Hanya tinggal sejarah

mycybersale 2015

Foto Kredit: imgbuddy.com

Namun, itu saya yang dulu. Saya yang dulu ialah orang yang pantang nampak tulisan SALE di tempat membeli-belah. Saya yang sekarang sudah tidak kisah dengan taktik pemasaran seperti itu.

Ini kerana saya akan berkampung depan komputer untuk satu acara yang dipanggil #MYCYBERSALE.

Bilakah jualan #MYCYBERSALE ini bakal bermula?

mycybersale 2015

Ingin saya pesan, bagi sesiapa yang terlepas peluang membeli-belah di #MYCYBERSALE tahun lepas, ini adalah berita gembira untuk anda.

#MYCYBERSALE bakal bermula pada 28 September hingga 2 Oktober 2015, iaitu selama 5 hari berbanding 3 hari tahun lepas.

Memandangkan ada yang sudah bergaji waktu itu, jangan tunggu lagi, terus buat belian di #MYCYBERSALE. Jika terlambat, anda juga yang gigit jari!


Apa istimewanya MYCYBERSALE 2015?

Jualan Dalam Talian #MYCYBERSALE kini kembali lagi, kali ini lebih besar dengan banyak jualan hebat menanti.

1. Diskaun

Buat apa bersesak-sesak di pusat membeli belah hanya untuk dapatkan diskaun untuk beberapa barang? Di #MYCYBERSALE, ada terlalu banyak diskaun untuk banyak barang sehingga 90%. Anda pasti rambang mata!

2. Selesa

Sudahlah penat, bab bau peluh jangan cerita. Kini, sambil baring-baring atas katil pun boleh shopping dengan selesa!

3. Terhad

Seperti diberitahu, jualan hanya bermula pada 28 September hingga 2 Oktober 2015. Jangan cakap, “Nanti dululah, relakslah”. Nanti menyesal tak sudah.

4. Penglibatan Nama-nama Besar

Tahun ini, #MYCYBERSALE bekerjasama dengan 8 rakan premium seperti VISA,DiGi, Maybank, Telekom Malaysia (TM), POS Malaysia, 57square, eGentic dan MilkADeal: Cashback.

Dianggarkan lebih daripada 400 eTailers akan terlibat dalam #MYCYBERSALE tahun ini termasuk dari luar Lembah Klang seperti Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Selain eTailers, #MYCYBERSALE ini juga disertai oleh eMarketplaces yang popular  seperti Lazada, Zalora, Lelong.my, Rakuten dan Groupon.  Tahun ini juga terdapat penyertaan baru dari 11street.my, GEMFIVE, Go Shop, Qoo10 dan Agrobazaar.

Kepada kaki shopping tegar yang setiap hari mengadap laman-laman ini, anda pasti sedang cakap “Yeay, yeay, yeay!”

5. Bukan Untuk Orang Malaysia Sahaja

Wujud dari inisiatif Digital Malaysia untuk meningkatkan industri ePerdagangan, #MYCYBERSALE  2015 bakal meluaskan pasaran sehingga ke Singapura, Brunei dan Indonesia.

Bagi yang ada saudara-mara atau kawan-kawan di Singapura, Brunei dan Indonesia, jangan lupa war-warkan pada mereka juga.

Apakah produk yang dijual di #MYCYBERSALE?

Pelbagai rangkaian produk ditawarkan untuk eShoppers termasuk pakaian, perhiasan, peralatan rumah, buku, media, kecantikan, kesihatan, barangan bayi & kanak-kanak dan banyak lagi. Potongan harga sehingga 90% diberikan untuk barang-barang ini.

Mahu menang hadiah?

mycybersale 2015

Selain jualan, ada juga Lucky Draw Contest. Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja dan sertai cabutan bertuah untuk memenanangi telefon pintar Samsung A8 dan banyak lagi.

Acara cabutan bertuah akan diadakan sepanjang tempoh 5 hari. Hadiah bernilai lebih RM50,000 disediakan tahun ini. Adakah anda antara orang yang bertuah tahun ini?

Selain itu untuk memudahkan membuat transaksi  belian  dalam talian, eShoppers boleh memuat turun #MYCYBERSALE App daripada Google Play Store dan Apple Store, bermula 21 September 2015.

Adakah ia jualan yang sah?

mycybersale 2015

Foto Kredit: azureelovely.com

#MYCYBERSALE diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi & MultiMedia Malaysia (KKMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, SMECorp dan CyberSecurity Malaysia.

Jadi, anda  tidak perlu was-was membeli-belah di #MYCYBERSALE ini malah boleh berbelanja dengan tenang.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi MyCyberSale2015, Facebook Page MyCyberSale 2015 dan juga YouTube.

Infografik #MYCYBERSALE2015

mycybersale 2015

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×