Seorang murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil, semalam.
Menurtu Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 7.30 malam, semalam.
MURID TAHUN SATU MENINGGAL DUNIA SELEPAS MENGALAMI KESUKARAN BERNAFAS DI SEKOLAH

Gambar hiasan: Arkib NSTP.
Beliau berkata, mangsa diberikan bantuan awal pernafasan di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di Hospital Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Baca juga: Tular Dakwaan Perlakuan Tak Wajar, Program Sekolah Libatkan Penceramah Bebas Dihentikan Serta-Merta
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut
Bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya pada jam 8 pagi hari ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kejadian berkenaan.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Vishno Kumar A/L Tharuma Rethinam, menerusi talian 011-11021528.
Sumber: Harian Metro
