Rakyat

Murid Tahun 4 Maut Digilis Lori, Sempat Hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Di Sekolah

27
SHARES

Satu kejadian berlaku di Bukit Mertajam apabila seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis lori selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, di sini, pada Khamis.

Baca juga: Ada Masalah Kewangan, Pelajar Gantung Diri Selepas Cikgu Halau Keluar Sekolah

MURID TAHUN 4 MAUT DIGILIS LORI

Menurut laporan Astro Awani, mangsa berusia 10 tahun tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat terdapat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dalam kejadian jam 1.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal iaitu ibu kanak-kanak berkenaan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Wanita itu sempat menyelamatkan diri, namun anaknya yang membonceng digilis lori yang datang dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.”

SEMPAT HADIR MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SEKOLAH

Menurutnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, tular di media sosial saksi mendakwa kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolahnya di Bukit Mertajam.

Lebih menyayat hati, mangsa dikatakan sempat menyertai majlis sambutan Hari Raya di sekolahnya sebelum terbabit dalam nahas. Menurut saksi, mangsa kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis tersebut.

Sumber: Awani, Penang Kini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×