Didik

Murid Boleh Pakai Kasut Hitam Atau Putih Di Sekolah Mulai 2021

65
SHARES

PENGUATKUASAAN PEMAKAIAN KASUT DAN STOKING HITAM ATAU PUTIH OLEH MURID SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

Mulai 2021, semua murid dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau berwarna putih serta stoking mengikut warna kasut yang dipakai.

  • Kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam; atau
  • Kasut berwarna putih hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna putih

 

Dalam kenyataan oleh KPM itu juga menyatakan bahawa kasut adalah yang diperbuat daripada kanvas atau daripada bahan sintetik lain seperti nylon dan plyster yang mempunya daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keseleamatan dan kesihatan (3s).

Surat pekeliling tersebut berkuat kuasa serta merta dan surat pekeliling sebelum ini berkenaan pemakaian hanya kasut dan stoking hitam bilangan 10 tahun 2018 adalah terbatal.

Hal ini dimaklumkan oleh KPM melalui satu Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020 yang dimuatnaik di laman web rasminya memaklumkan semua murid dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau berwarna putih serta stoking mengikut warna kasut yang dipakai.

*Sumber : https://www.moe.gov.my/pekeliling/3911-spi-bilangan-4-tahun-2020-penguatkuasaan-warna-kasut-dan-stoking-untuk-pemakaian-ke-sekolah-oleh-murid-sekolah-kementerian-pendidikan-malaysia-mulai-2021/file

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×