Inspirasi

Mural Ikonik PM New Zealand Berselendang, Peluk Wanita Islam Cetus Kontroversi Di Australia

274
SHARES

Tragedi berdarah di Masjid Al Noor, Christchurch yang mengorbankan 50 nyawa pada Mac lalu tentu masih segar dalam ingatan.

Dalam kekecohan tersebut, Perdana Menteri New Zealand menjadi ‘bintang’ di media sosial dan dipuji oleh rakyat seantero dunia atas tindakan beliau yang dilihat cekap, tegas dan amat berperikemanusiaan.

Foto Kredit: Daily Mail

Imej Berselendang, Momen Ikonik Jessica Ardern

Pelbagai berita Jessica Ardern menjadi tular kerana bukan saja beliau tegas menetapkan semula undang-undang senjata api dalam masa 24 jam, tetapi juga kerana gambarnya yang dilihat berselendang ketika berjumpa dengan komuniti Muslim di Christchurch.

Ini menjadi inspirasi bagi seorang artis tempatan Melbourne, Loretta Lizzio untuk menukilkan sebuah mural setinggi 75 kaki di Brunswick, utara Melbourne, Australia.

Karya seni tersebut memperlihatkan momen ikonik di mana PM New Zealand yang sedang memakai selendang memeluk wanita Muslim yang dilanda kesedihan berikutan nahas terbabit.

Foto Kredit: Daily Mail

Dilanda Kontroversi

Difahamkan bahawa wang $11,000 untuk membeli segala peralatan telah berjaya dikutip menerusi page GoFundMe.

Mural berkenaan mencetuskan kontroversi bagi sesetengah pihak yang menganggap ianya tidak relevan bagi penduduk Australia.

Malah, hampir 15,000 orang telah menandatangani petisyen menerusi change.org untuk memadamkannya semula.

Walaubagaimanapun, pihak penganjur mural berkata bahawa Brunswick adalah tempat yang sesuai kerana ia memiliki kepelbagaian sejarah dan komuniti.

“Ia adalah tempat di mana ramai yang bersedih ketika peristiwa tembakan di Christchurch”, tegas mereka.

Namun, segelintir tidak bersetuju dan mendakwa wang tersebut patut dimanfaatkan dalam bentuk yang lebih baik.

“$11,000 sepatutnya dibelanjakan untuk orang yang lebih berhak, membantu gelandangan dan mereka yang kelaparan… Bukannya melukis mural…”, luah salah seorang pengguna Facebook.

Foto Kredit: Daily Mail

Simbol Penerimaan Kepelbagaian Budaya & Agama

Sementara itu, banyak juga komen positif yang diterima mengatakan ia adalah sesuatu yang wajar untuk mengingatkan kita tentang sifat toleransi.

Lizzio yang mengambil masa 9 hari untuk menyiapkan karya tersebut mengatakan beliau hanya menerima komen positif setakat ini.

Lebih mengejutkan, beliau merasakan respon yang diterima sangat luarbiasa. “Mereka yang memandangnya hampir menangis dan ada yang datang memeluk saya,” katanya.

Tambah beliau lagi, karya seni ini adalah simbolik sebagai sebuah peringatan bagi kita untuk menerima dan meraikan perbezaan budaya serta agama.“Saya mahu setiap mereka rasa diterima. Saya mempunyai kawan, kawan kepada kawan yang melalui kesukaran akibat racism. Ianya sangat menyedihkan.”

Imej tersebut juga pernah menjadi paparan di mercu tanda terkenal seluruh dunia, termasuklah di bangunan tertinggi dunia di Dubai.

 

*Sumber: Daily Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×