Famili

‘Munni Bajrangi Bhaijaan’ Dah Dewasa? Wajah Gadis Mirip Harshali Malhotra Ini Buat Ramai Jatuh Hati!

552
SHARES

Filem bollywood kegemaran seisi keluarga Bajrangi Bhaijaan merupakan antara filem yang berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata. Lakonan mantap dari Salman Khan, Kareena Kapoor dan Harshali Malhotra itu juga menjadi perhatian dalam filem tu.

Lebih menarik lagi, watak cilik Munni hasil lakonan Harshali Malhotra itu memberi kesan yang sangat mendalam sehingga berjaya membuatkan penonton berasa sedih dan tercuit hati dengan aksinya. Namun, katanya ada orang Malaysia yang mempunyai wajah sama dengan pelakon cilik dari Bollywood ini?

“Wehh dah besar munni dalam cerita bajrangi tu.”

Di laman Twitter, tular satu video TikTok dimana memaparkan seorang gadis yang bertudung labuh dan dikatakan menyerupai Munni dalam filem tersebut.

Video tular berdurasi 15 saat ini berjaya meraih 27,800 ulang kicau dan juga lebih 52,000 tanda suka oleh netizen di laman Twitter. Ramai juga mengakui yang raut wajah gadis tersebut sememangnya serupa seperti Munni.

Ramai Jatuh Cinta!

Bila dilihat di ruangan komen, ramai yang dilihat meninggalkan komen pujian dan memuji kecantikan gadis tersebut, malahan ada juga yang tidak menafikan bahawa gadis itu mirip Munni.

Antara komen pengguna twitter

Para jejaka semestinya dilihat begitu teruja dan jatuh cinta dengan senyuman yang dilemparkan gadis itu didalam video tersebut. Bukan sahaja kaum lelaki ye, yang perempuan juga tidak lebih kurang apabila kebanyakan mereka terpegun melihat gadis bertudung labuh itu.

Sumber : Amir Cyd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×