Famili

Mulanya Ingatkan Casing Je, Ibu Menangis Terharu Anak Hadiahkan Handphone Baru

64
SHARES

Keadaan pandemik yang dilihat semakin membimbangkan ini sememangnya memberi kesan kepada orang ramai bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah dari segi mental. Buat anda yang masih mempunyai ibu bapa yang tinggal berjauhan, pasti sudah lama tidak dapat pulang menjenguk mereka. Bagi anda yang tinggal bersama ibu bapa, inilah masanya untuk memberikan sedikit senyuman buat mereka.

Percayalah, sekecil-kecil penghargaan yang diberikan pasti akan diingat sehinga ke akhir hayat mereka.

INGATKAN CASING, IBU TERHARU DAPAT HADIAH HANDPHONE BAHARU

handphone baru

Menerusi kiriman video oleh @Cabwina di Tiktok, dia berkongsi detik-detik ketika memberikan kejutan kepada ibunya dengan membelikan telefon pintar yang baharu. Pada awalnya, dia memaklumkan kepada ibunya bahawa dia hanya membeli casing telefon tetapi ia tidak sesuai dengan telefon ibunya yang lama.

SEBAKNYA…

Tetapi, ibunya kelihatan terkejut apabila mengetahui bahawa ia sebenarnya casing untuk telefon yang baharu. Melalui video itu, Cabwina mengatakan bahawa telefon itu dibeli olehnya dan adik-beradiknya yang lain.

@cabwinatold her that i bought her a new phone case but i bought her a new phone instead. watch till the end to see her precious reaction 🥺❤️♬ original sound – Cabwina

Mungkin terharu dengan kejutan itu, ibunya yang tidak menyangka akan mendapat telefon baharu dilihat menangis dan mengucapkan terima kasih kepada anak-anak. Detik itu membuatkan ramai warganet yang turut merasakan sebak.

Sumber: Tiktok @Cabwina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×