Kini Trending

Mulai Tahun Ini Tiada PT3, Dimansuhkan- KPM

2
SHARES

Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini. Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam sidang media khas, hari ini.

Menurut beliau, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalankan PT3 bagi pelajar tingkatan tiga.

Baca juga: Bakal Ada ‘Locker’, Tiada Lagi Masalah Beg Sekolah Berat Dengan 7 Inisiatif Dari KPM Ini!

MULAI TAHUN INI TIADA PT3, DIMANSUHKAN

“Apakah akan ada PT3 untuk tahun 2022? Jawapannya pada 2022 PT3 dimansuhkan. Jadi, mulai tahun ini tidak ada PT3… ia dimansuhkan.

“Sewaktu sebelum pandemik, PT3 adalah dilaksankan di sekolah di mana guru-guru menjana soalan-untuk murid-murid mereka dan peperiksaan dilaksana di di bawah kawalan sekolah, dan hari ini membuat keputusan bahawa PT3 akan dimansuhkan mulai tahun ini,” katanya dalam sidang media tersebut, di sini.

Murid akan ditaksir oleh guru setiap masa menerusi pentaksiran berasaskan sekolah untuk memastikan murid mendapat penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu topik yang diajar. Sebelum ini, KPM memaklumkan PT3 bagi tahun 2021 dibatalkan.

Sumber: Kosmo 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×