Kewangan

Mudahnya Tips Dan Langkah Untuk Menabung Hanya Guna Maybank2u

4.1K
SHARES

Menabung merupakan amalan yang amat disarankan untuk kebaikan masa hadapan. Tetapi apa yang menjadi masalah adalah ‘habit’ untuk menabung atau membuat simpanan wang adalah amat sukar sekali untuk dilakukan. Maklumlah, apabila terlampau banyak sangat barang yang mahu dibeli akhirnya simpanan kekal kosong sehingga bertahun-tahun.

Namun, apa yang menariknya bagi anda yang mempunyai akaun simpanan Maybank melalui Maybank2U anda sebenarnya boleh menabung dengan cara yang paling mudah! Macam mana nak buat? Jom tengok langkah-langkah di bawah.

Ruginya Kalau Tak Tahu Cara Paling Mudah Nak Menabung Di Maybank2u

Rasanya hampir 80% orang tak tahu cara mudah nak menyimpan di Maybank2u yang berwajah baru ni! Tahu tak dekat Maybank2u ni ada 1 tempat yang kita boleh simpan setiap bulan iaitu di panggil sebagai ‘Create Goal +’.

1. Sekali kita kena tahu apa tujuan kita nak create goal ni. Contoh nak travel ke Korea, atau nak shopping handbeg.

2. Set berapa nak simpan duit setiap bulan. Maybank akan auto tolak duit dari akaun kita.

3. Bila dah tiba tempoh matang, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank kita. Menarikkan.

Contoh :

Si Abu nak hadiahkan handbeg bernilai RM500 untuk harijadi Maknya. Abu target lagi 6 bulan dia mesti capai jumlah RM500 dalam akaun Maybank dia.

Setiap bulan si Abu perlu simpan RM85
Set masa dalam 6 bulan
RM85 x 6 bulan = RM510

Wah! Nampak tak bila kita letak target dan goals macam ni, rupanya sikit je duit nak kena kumpul setiap bulan.  Caranya kita pecahkan amount yang besar jadi kecil dengan bahagi berapa bulan lagi perlu capai matlamat kita tu.

Contoh lain lagi, katakan nak travel ke Korea kos RM2000, kita cuma perlu saving dalam masa 1 tahun je. 1 bulan simpan RM170. Kalau rasa besar juga, RM170 / 30 hari. 1 hari cuma simpan RM6 je untuk cukupkan RM170 setiap bulan. Mudahkan?

Bila kita jelas dengan impian, kita akan lebih jelas dan mudah untuk buat simpanan! Jom tengok gambar di bawah ini, Lia ada tunjukkan step by step macam mana nak gunakan ‘Create Goal +’ tuh di #Maybank2u.

1. Open www.maybank2u.com.my dan Click Login Maybank2u

2. Scroll ke bawah sikit dan akan jumpa Create Goal +

3. Pilih category . Dalam tu ada banyak, contohnya travel, shopping, gift, family, education, retirement dan others.

4. Letakkan goal name anda. Contoh target travel ke umrah, letak umrah.

5. Di bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Macam Lia pilih monthly amount.

6. Click Saving Account-i

7. Letakkan berapa jumlah di column Goal Amount

8. Letak berapa RM untuk 1st deposit

9. Letakkan berapa RM nak tolak setiap bulan dari akaun Maybank kita

10. Starting date tu letak setiap berapa hb nak duit tu tolak dari akaun Maybank kita.

11. Click Start

12. Double check semua dulu, jika okay click Confirm

Tadaa! Alhamdulillah dah berjaya create 1 goals! Kalau nak tambah lagi goal lain, click je dekat Create Goal + tu ye.  Psst : Kalau tiba-tiba nak cancel, boleh juga tau. Click je dekat 3 titik dalam bulatan tu, ada Remove Goals. So boleh je remove anytime. No problem. 

Sumber : Nur Aliah Mohd Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×