Hebahan

MommyHana Lancar Islamic Audio Device Terbaharu, Lantik Amyra Rosli & Nad Zainal Jadi Duta

109
SHARES

MommyHana merupakan nama terkenal sebagai jenama yang pakar dalam membantu menyelesaikan masalah anak-anak ketagihan gajet kini mensasarkan untuk membantu lebih ramai ibu bapa selepas pelantikan Amyra Rosli dan Nad Zainal sebagai Duta Rasmi.

LANTIK AMYRA ROSLI DAN NAD ZAINAL JADI DUTA, TINGKATKAN PEMASARAN

Melantik pelakon popular dan kesayangan ramai seperti Amyra Rosli dan Nad Zainal sebagai Duta akan meningkatkan pemasaran dan penjenamaan MommyHana, di mana dengan cara ini lebih ramai ibu bapa akan mengenali jenama MommyHana dan akan mula menggantikan gajet anak-anak mereka kepada produk MommyHana yang lebih menarik dan selamat untuk anak-anak.

PRODUK TERBAHARU MOMMYHANA, ISLAMIC AUDIO DEVICE EDISI TERHAD

Produk Islamic Audio Device yang direka untuk kanak-kanak mendapat tempahan yang mencatatkan jualan sebanyak RM1 juta hanya selepas 1 jam dilancarkan pada tahun 2019. Bertitik tolak daripada itu, MommyHana melancarkan produk Islamic Audio Device Edisi Terhad yang direka khas untuk seisi keluarga dalam majlis yang sama pada malam pelantikan Duta yang berlangsung pada 20 Mac 2021.

Idea untuk mengeluarkan produk terbaru MommyHana iaitu Islamic Audio Device Edisi Terhad adalah selepas mereka melihat Islamic Audio Device yang direka untuk kanak-kanak turut digunakan oleh ibu bapa dan seisi keluarga. Islamic Audio Device Edisi Terhad kali ini adalah berkonsepkan corak Kaabah, dilihat lebih sesuai digunakan oleh seisi keluarga. Kini semua orang boleh mendengar alunan ayat suci Al-Quran, zikir dan lain-lain menggunakan Islamic Audio Device daripada menggunakan gajet. Selamat tanpa radiasi, tidak menggunakan Internet, dan jimat bateri, serta boleh dibawa ke mana-mana.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×