Hebahan

MMU Melancarkan Program Komunikasi Strategik – Malaysia Memerlukan Pendekatan Komunikasi Baru

26
SHARES

The launch BCom 01

Malaysia memerlukan pembaharuan bagaimana syarikat dan kerajaan berkomunikasi jika ia mahu menjadi kuasa ekonomi yang sebenar, ahli panel Penasihat Industri Universiti Multimedia (MMU) berkata.

 

Keperluan ini datang daripada keadaan ekonomi Malaysia yang semakin matang dan semakin ia meningkat, keperluan untuk komunikasi yang strategik, terselaras dan efektif juga akan meningkat, lebih daripada tunjuk ajar program komunikasi tradisional yang ditawarkan pada hari ini di dalam Negara.

 

Poin-poin ini dikongsi oleh Liz Kamaruddin, Pengarah Urusan FTI Consulting dan merupakan veteran selama dua puluh tahun di dalam industri komunikasi, yang kini duduk di dalam Panel Penasihat Industri MMU untuk Learning Institute of Empowerment (LiFE) universiti tersebut.

 

The launch BCom 03

Liz Kamaruddin melakukan ucaptama bertajuk “Cabaran Komunikasi Malaysia” sewaktu pelancaran program terbaru MMU, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Komunikasi Strategik yang akan bermula Jun 2016.

 

Beliau turut menyatakan bahawa ekonomi Malaysia semakin menjadi berorientasikan-perkhidmatan dan berasaskan-ilmu, organisasi-organisasi dan juga kerajaan perlu mengatasi pelbagai cabaran untuk kekal efektif. Cabaran-cabaran ini termasuk kurangnya pembaca, bilangan audiens yang semakin terbahagi, dan minat yang berubah daripada generasi hari ini.

 

“Kita sepatutnya lihat bagaimana Komunikasi Strategik digunakan dengan berkesannya di tempat lain, terutamanya di Negara Barat, di mana ia menggunakan media baru untuk membentuk politik, meningkatkan keuntungan bagi perniagaan, serta sokongan kewangan dan spiritual yang bertambah yang dinikmati badan kebajikan dan NGO”, beliau berkata.

 

The launch BCom 04

Program tersebut dilancarkan oleh Professor Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, Presiden MMU, yang menyatakan keyakinan tentang program Komunikasi Strategik akan pergi jauh di dalam membantu Malaysia menjadi lebih kompetitif.

 

“Saya yakin graduan kursus ini akan mempunyai kelebihan untuk diambil kerja oleh organisasi peringkat pertengahan dan atasan yang menghargai Media Baru,” beliau berkata.

 

Disokong oleh penyelidikan menyeluruh ke dalam komunikasi efektif dan berguna, program Komunikasi Strategik MMU ini bukan sahaja merangkumi kursus-kursus tradisional komunikasi, seperti kewartawanan dan penyiaran, tetapi juga mengajar pelajar-pelajarnya strategi dan pengurusan supaya dapat menasihati pengurusan atasan tentang bagaimana komunikasi boleh dijadikan sebagai sebahagian strategi organisasi.

 

The launch BCom 02

MMU menjangkakan hasil daripada bentuk baru tenaga kerja ini akan merubah komunikasi daripada pertimbangan sekunder kepada faktor utama yang mengukuhkan syarikat secara organic. Pelancaran tersebut dihadiri oleh ramai tokoh-tokoh dan ahli-ahli industri bidang komunikasi.

mmu logo

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Mengenai MMU

Universiti Multimedia (MMU) telah ditubuhkan pada Julai 1996. Ia adalah anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat komunikasi dan informasi bersepadu terkemuka dan peneraju jalur lebar di Malaysia.

MMU pada mulanya dikenali sebagai Universiti Telekom dan terletak di Melaka. Nama universiti ketika ini iaitu MMU digunakan mulai Mac 1997 apabila Telekom Malaysia telah diberi tanggungjawab besar untuk mewujudkan kampus baharu di Cyberjaya bagi membekalkan para pekerja berpengetahuan tinggi dan berkualiti kepada Multimedia Super Corridor (MSC). Pada tahun 2014, kampus ketiganya MMU Nusajaya siap dibina di EduCity Iskandar, Nusajaya, Johor. MMU kini mempunyai 19,000 pelajar ijazah dan pasca ijazah dengan lebih 1,700 daripada mereka adalah pelajar antarabangsa dari kira-kira 70 buah negara.

MMU telah membangunkan model perintis bagi kejayaan penubuhan sebuah universiti swasta di negara ini, yang membuka jalan bagi pertumbuhan pesat sektor pendidikan tinggi swasta negara. Universiti itu merupakan universiti utama bagi sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan multimedia kreatif, dan juga untuk industri berkaitannya di Malaysia. Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan di negara ini.

Kunci kejayaan MMU adalah menawarkan program-program sarjana muda dan pasca siswazah inovatif yang bukan sahaja untuk pelajar cemerlang tempatan tetapi juga kepada para pelajar dari seluruh dunia. Universiti itu percaya bahawa pelbagai budaya dan multinasional dalam kampusnya akan memperkayakan pengalaman pembelajaran tanpa mengira dari mana seseorang pelajar itu berasal. Para pelajar yang menuntut di universiti akan berpeluang untuk bertemu dengan warga universiti daripada pelbagai latar belakang budaya dan etnik dan seterusnya menghargai dan meraikan kepelbagaian di kalangan mereka.

Ketika ini, MMU adalah salah satu universiti terkemuka di Malaysia. Topuniversities.com telah menyenaraikan MMU sebagai salah satu universiti dalam rangking 200 teratas di dunia dalam Elektrik dan Elektronik dan 250 teratas di dunia dalam bidang Sains Komputer dan Sistem Maklumat. MMU juga telah terpilih sebagai salah sebuah daripada Institut Pendidikan Swasta Terbaik di Asia oleh World Consulting & Research Corporation (WCRC).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MMU, sila layari www.mmu.edu.my.

[/box]

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×