40 Minggu

Mitos Susukan Bayi Guna Payudara Kiri & Kanan, Rupa-Rupanya Ini Adalah Teknik Yang Betul…

43
SHARES

Tidak dapat disangkal lagi, susu ibu merupakan makanan pertama bayi yang terbaik untuk mereka. Khasiatnya dapat memberikan kandungan nutrien yang cukup untuk bayi membesar dengan sihat. Namun, ada dalam kalangan ibu-ibu yang mengatakan bahawa teknik yang betul untuk menyusu bayi adalah dengan menukar bahagian payudara semasa sedang menyusu bayi untuk mendapatkan nutrien yang secukupnya. Betul ke?

DAY 165, KENA SUSUKAN DUA-DUA PAYUDARA SATU SESI

Saya pasti, rata-rata ibu pernah dengar pesanan ni,

‘Kalau susukan anak,kena bagi dua-dua belah sekali.Kanan tu nasi,kiri tu air.Kesian budak dah makan nasi tak minum air,tercekik nanti’ atau ‘Susukan bayi pada payudara kanan dahulu baru kiri,kanan tu makanan kiri tu air’. Pernah tak?

Ya saya pun pernah. Dan saya tak sangkal pesanan ni masih ada berlegar dan ibu-ibu baru di zaman 2020 ni yang ikut.
Tahu tak yang ini adalah cara penyusuan yang tidak tepat? Dan ia adalah MITOS..!

Susu ni bila bayi mula menyusu,dia akan keluar FOREMILK dahulu atau susu awalan, orang kita suka panggil susu cair.Di hujung nanti barulah HINDMILK atau Susu Akhiran akan keluar, dimana orang suka sangat panggil susu pekat. Foremilk dan Hindmilk,kedua-duanya bayi perlukan..walaupun Hindmilk kelihatan lebih pekat,tapi bayi juga perlukan Foremilk untuk perkembangannya.

JANGAN KERAP TUKAR TUKAR PAYUDARA

Berbalik pada isu kita bincangkan di awal tadi, bila ibu kerap sangat tukar-tukar payudara tanpa tunggu bayi selesai, bayi cuma akan dapat Foremilk sahaja. Hindmilk pula kemungkinan bayi dapat kurang atau tak dapat.

Hindmilk ni mengandungi lemak yang membantu untuk kenaikan berat bayi. Jadi kalau dapat kurang,kuranglah kenaikan berat bayikan.

Sebab tu cara ni dikatakan tidak tepat. Dan ia mitos kerana kedua-dua payudara menghasilkan komposisi yang sama,kedua-dua payudara menghasilkan Foremilk dan Hindmilk.. Dan ingat tau pesan saya, FOREMILK DAN HINDMILK KEDUANYA SAMA PENTING.

Jadi susukan bayi dengan satu payudara hingga dia selesai, jika bayi mahu lagi atau payudara dah soft barulah tukar ke satu lagi.Dan susukan bayi dengan kerap.

Sumber: Nor Azura, Pembimbing Penyusuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×