Hebahan

Minyak Penegang Wajah Nourish Radiance – Untuk Wajah yang Lebih Anjal dan Muda

8
SHARES

Minyak Penegang Wajah Nourish Radiance adalah adunan pekat minyak Makadamia dan Labu yang kaya dengan omega bersama minyak Rosehip dan Borage, serta wangian harum Geranium dan Damask Rose. Marine Kalpariane dan Frankincense membantu merangsang kolagen bagi melawan tanda-tanda penuaan.

Minyak Penegang Wajah Nourish Radiance memulihkan lapisan hidro-lipid bagi meningkatkan keanjalan kulit dengan segera dan menghasilkan wajah yang lebih anjal dan muda.

Bahan: Minyak biji Macadamia ternifolia* (Makadamia), Minyak biji Helianthus annuus* (Bunga Matahari), Minyak buah Rosa canina* (Rosehip)*, Minyak biji Simmondsia chinensis* (Jojoba), Minyak biji Borago officinalis* (Borage), Minyak biji Cucurbita pepo* (Labu), Minyak biji Sesamum indicum* (Bijan), ekstrak Alaria esculenta, trigliserida Caprylic/Capric, Minyak bunga Pelargonium graveolens (Geranium), Minyak bunga Rosa damascena (Ros), Minyak Olibanum (Setanggi)*,  *Disahkan Organik.

nourish-radiance-firming-facial-oil-1

Cara pengunaan: Letakkan setitis di tangan dan urutkan ke dalam kulit dengan gerakan membulat yang lembut. 

HARGA

Nourish Radiance: Minyak Penegang Wajah

Volum produk/berat: 15ml 98% disahkan organik

RM 157.94 (termasuk GST)

KETERSEDIAAN

Nourish dijual di kaunter V Philosophy di Robinsons, The Gardens, Mid Valley City.

Kedai ini terletak di tingkat Bawah, dan menawarkan rangkaian penuh produk Nourish. Stokis lain termasuk M+ Pharmacy (Bangsar Village I), Ben’s Independent Grocer dan banyak lagi.

Untuk senarai penuh stokis, atau untuk membeli Nourish secara online, sila layari laman web www.vphilosophy.com.my

nourish-radiance-firming-facial-oil-2

Maklumat tambahan mengenai setiap bahan: 

Nama bahan Ciri-ciri / Manfaat
Minyak biji Macadamia ternifolia (Makadamia) -Melegakan kulit

-Sumber antioksidan, squalene

-Mengurangkan stres oksidatif ke atas kulit

-Membantu mengelakkan kedutan dan bintik usia

Ekstrak bunga Helianthus annuus (bunga matahari) -Mengandungi sifat anti radikal bebas

-Melembapkan, melicinkan dan memulihkan

Minyak bunga Rosehip (Minyak bunga Rosa canina* (rosehip)) -Memiliki sifat pemulihan tisu

-Memperbaiki sel kulit rosak dalam semua lapisan kulit

-Sumber Vitamin A dan C semula jadi.

Minyak biji Jojoba Oil (Simmondsia Chinensis) -Emolien ideal yang sesuai untuk semua jenis kulit
Minyak Borage (Minyak biji Borago officinalis*) -Sumber asid gamma linoleik (GLA) dan asid lemak omega 6 yang penting

-Pemulihan selular utama

Minyak biji Labu (Minyak biji Curubita pepo* (labu)) -Kaya dengan asid lemak omega 3 dan 6

-Menyokong struktur sel yang sihat

-Kandungan Vitamin E yang tinggi

-Melawan kerosakan akibat radikal bebas

Ekstrak Biji Bijan (Ekstrak biji Sesamum indicum) -Sifat detoksifikasi kulit yang cemerlang

-Kaya dengan mineral utama

-Membantu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit

Ekstrak Alaria esculenta -Membantu mengelakkan pemecahan kolagen dan elastin

-Memiliki sifat penegang dan pengangkatan (lifting)

-Memperkukuhkan rintangan hidrolipidik

-Memberi kelembutan dan keanjalan kepada kulit

Minyak pati Rose Absolute (Rosa damascena) -Memberikan manfaat anti-virus dan antimikrob

-Membersihkan liang-liang, mengurangkan kedutan

-Mengetatkan kulit sambil memperhaluskan struktur kulit

Trigliserida Caprylic/Capric (diekstrak daripada Alga Perang) -Mengelakkan degradasi kolagen dan elastin

-Meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit

-Memperkukuhkan rintangan hidro-lipid

Minyak Setanggi Merangsang kolagen

-Membantu melawan tanda-tanda penuaan

Minyak bunga Pelargonium Graveolens (Geranium) -Membantu mengimbangi penghasilan sebum

-Melegakan kulit yang sering mengsalami iritasi

 

LATAR BELAKANG V PHILOSOPHY

V Philosophy bermula sebagai sebuah butik penjagaan kulit online yang mengkhusus dalam jenama penjagaan kulit semulajadi dan organik baharu. Diasaskan oleh Vivian Tan, seorang pakar farmasi yang komited ke arah mengumpulkan produk dan jenama yang memenuhi kriteria ketat beliau, beliau menggerakkan wawasan V Philosophy iaitu untuk membawa produk penjagaan kulit berkualiti tinggi dan bersih yang boleh diyakini kepada anda.

V Philosophy mempercayai bahawa kecantikan adalah kesejahteraan. Kecantikan luaran anda berkait rapat dengan kesihatan dalaman anda. Anda akan mendapati bahawa perkara yang baik untuk badan anda juga baik untuk kulit. Begitu juga, apa yang disapukan kepada kulit akan menembus masuk ke dalam badan. Produk-produk yang dijual oleh V Philosophy kaya dengan bahan yang menyihatkan lagi berkhasiat bagi menyokong kecantikan dan kesejahteraan anda.

Facebook: Nourish Skinrange Malaysia  |  Instagram: nourishskinrangemy

www.vphilosophy.com.my

 

LATAR BELAKANG NOURISH

Nourish adalah Jenama British yang memenangi anugerah dan dikeluarkan oleh Dr Pauline Hili, seorang perintis rumusan bio-aktif. Dicipta dan dikeluarkan di SW London, Nourish menggunakan bahan semula jadi dan teknologi terkini untuk memupuk kulit sihat yang dianugerahkan kepada anda secara semulajadi. Dengan memahami sains di sebalik tingkah laku pelbagai jenis kulit dan dengan mengambilkira gaya hidup serta keperluan individu, sistem Nourish menawarkan penyelesaian penjagaan kulit moden yang boleh diadaptasi untuk memberikan nutrien tertentu bagi menyokong dan meningkatkan kesihatan kulit anda secara berkesan. Menawarkan lebih daripada empat puluh produk individu beserta set hadiah cantik yang dibungkus secara ekologi, rangkaian ini terdiri daripada produk rawatan hero berasaskan Argan dan rangkaian Protect, Relax, Radiance dan Balance, setiap satunya direka untuk menangani isu kulit yang berlainan. Berbekalkan pengetahuan bahawa jenis-jenis kulit tidak kekal statik, Nourish adalah penjagaan kulit untuk semua musim yang membolehkan anda menyesuaikan rejim anda mengikut faktor persekitaran yang sentiasa berubah bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit anda sepanjang tahun.

Rangkaian Nourish mengelakkan penggunaan bahan kimia merbahaya seperti warna sintetik, TEA, DEA, paraben, ‘phenoxyetol’, sulfat, minyak mineral, PEGS dan silikon. Nourish menggunakan bahan organik, berasaskan tumbuhan, diuji secara saintifik dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan produk yang memberi kulit yang cantik secara semulajadi, dirumuskan secara teliti untuk memberi khasiat kepada kulit anda dengan cara yang paling berkesan.

NOURISH – berfikir di luar kotak penjagaan kulit dan ke dalam kulit anda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×