Famili

Minggu Terakhir Ekspo Pendidikan Tinggi 2017 Akan Berlangsung Pada Hujung Minggu Ini!

12.9K
SHARES

Ekspo Pendidikan Tinggi 2017 akan diadakan pada 18 & 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur. Ekspo ini akan berada di Dewan 1, 2 & 3, Atrium & Foyer) dari jam 11 pagi hingga 7 malam setiap hari (masuk percuma).

Seperti ekspo pendidikan tahun lepas, ekspo ini memang mendapat sambutan yang meriah. Orang ramai yang datang ke ekspo ni boleh mendapatkan khidmat nasihat terbaik dari kaunselor pendidikan daripada dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, pelbagai tawaran untuk melanjutkan pelajaran menanti anda semua.

Seperti yang dinyatakan oleh Datin Jercy Choo, Penasihat Ekspo Pendidikan ini,

“Ekspo ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM dan UEC, ibu bapa, guru, pelajar, universiti, golongan bekerja, ahli industri dan orang awam yang mencari peluang pendidikan tinggi.”

“Ianya merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh semua yang berminat untuk melanjutkan pengajian pra-ijazah dan pasca ijazah.

“Ekspo ini juga dapat memberikan jawapan kepada semua pertanyaan anda mengenai kolej dan universiti terbaik, bidang, biasiswa dan peluang kerjaya”

BOLEH “SHOP” KAT SINI

Bila sebut pasal shop, mesti semua orang dah ingat pasal membeli belah. Tapi, kali ini kita shopping untuk masa depan. Maksudnya anda boleh memilih sendiri bidang yang diminati untuk melanjutkan pelajaran kelak.

unnamed-2

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak booth yang menyediakan informasi berkaitan dengan bidang pelajaran yang menarik untuk diceburi oleh semua orang. Oleh itu, orang ramai yang datang ke Ekspo Pendidikan Tinggi 2017 akan mendapat informasi lebih 30 bidang yang ditawarkan oleh universiti-universiti di Malaysia serta luar negara.

unnamed-1Bidang yang boleh dipilih merangkumi Pengurusan Hotel, Perakaunan, Penerbangan, Juruterbang, Bakeri, Masakan, Kecantikan, Pengajian Perniagaan, Penyiaran, Undang-undang, Sains Tambahan, Pengajian Komunikasi, Kejuruteraan, Multimedia, Sains Komputer dan IT, Perubatan, Farmasi, Pergigian, Pemasaran, Muzik, Pengajian Pelancongan, Pengiklanan, Rekaan Grafik serta banyak lagi.

Berikut merupakan Highlight Ekspo Pendidikan Tinggi 2017 :

untitled

CERAMAH KERJAYA

Untuk pengetahuan semua, Ceramah Kerjaya khusus untuk memberikan maklumat dan tips untuk kerjaya dari pakar industri yang sudah lama bergiat dalam bidang tersebut. Ceramah ni akan memberikan gambaran yang jelas tentang bidang dan kerja yang anda inginkan.

unnamed-3

Ceramah Kerjaya ini dibuka kepada semua pengunjung yang hadir ke Ekspo Pendidikan Tinggi 2017 dan tiada yuran pendaftaran. Untuk maklumat, tempat duduk untuk ceramah ini adalah terhad dan berdasarkan ‘Siapa cepat, di dapat’. Datang awal agar tidak terlepas peluang untuk menyertai ceramah kerjaya ini!

ssss

Kepada orang ramai, jangan lupa untuk mengunjungi Ekspo Pendidikan Tinggi 2017. Banyak informasi terkini dan “free gifts” menanti anda! Jumpa di sana!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 615 615 00 atau layari laman web ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×