Famili

Miliki Kediaman Idaman & Menangi Ansuran PERCUMA Selama 36 Bulan Dengan Tropicana Stay & Save!

1.4K
SHARES

Dengan keadaan ekonomi sekarang, rasanya agak mustahil nak beli rumah dan hartanah. Nak-nak bagi pasangan yang baru nak mulakan keluarga tu. Mestilah nak kediaman yang selesa dan yang paling penting, rumah sendiri!

Tapi, bila fikirkan kos nak beli rumah tu, berpeluh jugak lah. Lebih runsing bila fikir nak bayar ansuran perumahan setiap bulan dan nak cari penyewa yang bagus. Pening kepala!

Haa..cakap pasal ansuran rumah ni, kami ada satu berita baik untuk dikongsikan! Anda dah tak payah pening kepala sebab dengan kempen Tropicana Stay & Save, anda berpeluang memenangi ansuran PERCUMA selama 36 bulan!

ANSURAN PERCUMA SELAMA 36 BULAN!

Tropicana, salah satu pemaju perumahan dan hartanah utama di Malaysia datang dengan inisiatif untuk bantu anda semua miliki rumah idaman melalui kempen Tropicana Stay & Save.

Bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2018, anda dijamin untuk menikmati 3 bulan ansuran PERCUMA dengan setiap pembelian rumah yang terpilih di bawah kempen Tropicana Stay & Save! Wow!

Menarik kan? Haa..ada lagi yang menarik. Sekiranya anda bertuah, anda berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu 36 bulan ansuran PERCUMA (hadiah utama), 12 bulan ansuran PERCUMA (tempat kedua) dan 6 bulan ansuran PERCUMA (tempat ketiga). 

Dah lah dapat rumah cantik, ansuran PERCUMA pulak tu. Memang gempak!

Cuba anda bayangkan, andai kata anda beli hartanah yang bernilai RM800,000 dan ambil pinjaman sebanyak  90% untuk 30 tahun, setiap bulan anda kena bayar RM3700. Tapi, sekiranya anda menang hadiah utama, anda dah boleh jimat RM133,200! Berbaloi sangat!

RUMAH IDAMAN YANG BAKAL JADI MILIK ANDA!

Jom kami kongsikan antara rumah yang terpilih dalam kempen Tropicana Stay & Save ni..

TROPICANA AMAN

Tropicana Aman yang terletak di Kota Kemuning ini adalah kawasan perumahan berkeluasan 863 ekar dan dilengkapi dengan kemudahan untuk aktiviti riadah seperti berjalan dan berbasikal.  Ia turut menawarkan pelbagai reka bentuk rumah seperti rumah berkembar, banglo, apartment moden 3 bilik dan rumah kedai.

TROPICANA HEIGHTS

Terkenal sebagai kawasan perumahan pilihan di Kajang, Tropicana Heights merupakan pembangunan pegangan bebas utama yang mempunyai rumah dengan pemandangan yang indah, lengkap dengan kawasan perdagangan dan pusat rekreasi serta taman seluas 16 ekar.

TROPICANA METROPARK

Tropicana Metropark merupakan lokasi yang strategik kerana pembangunan ini dilengkapi dengan jalan yang berhubung terus ke Lebuhraya Persekutuan. Projek 88 ekar ini juga mempunyai  kawasan residensi, fasa komersil, kawasan rekreasi dan Taman Sentral seluas 9.2 ekar.

TROPICANA GARDENS

 Tropicana Gardens yang terletak di Kota Damansara ini berhubung dengan stesen MRT Surian dan mempunyai kemudahan pusat membeli belah berkeluasan 1 juta kaki persegi.

TROPICANA CHERAS

Tropicana Cheras merangkumi persekitaran yang moden, praktikal dan inovatif, tetapi masih mengekalkan elemen alam semula jadi. Lengkap dengan 5 bilik tidur, 2 ruang tamu, halaman di atas bumbung, taman landskap dan taman, villa berkembar 3 tingkat ini sempurna untuk keluarga besar anda.

Serius admin jatuh cinta tengok semua rumah ni. Memang dream house betul!

Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen Tropicana Stay & Save ni. Mana tahu anda bertuah, boleh nikmati ansuran PERCUMA selama 36 bulan di rumah baru. Bestnya!

Untuk maklumat lanjut tentang Tropicana Stay & Save, klik sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×