Dapur

Macam Terbang Ke Korea, La Juiceria Tampil Dengan 3 Menu Sihat Bertemakan ‘Daebak’!

4
SHARES

La Juiceria Superfoods melancarkan variasi makanan bertemakan Korea untuk masa yang terhad. Boleh didapati di semua La Juiceria Superfoods (kecuali KLCC) dari 15 Mac 2021 hingga 12 Mei 2021, tema makanan Korea menjanjikan 3 hidangan menarik di bawah kempen ‘Daebak’.

3 MENU MAKANAN KOREA YANG MEMANG DAEBAK!

대박 – (Daebak), yang bermaksud  “Hebat”!  dalam bahasa Korea menyajikan 3 jenis menu utama iaitu: Cupbap Rice Bowl, Ssambap Wraps dan Spicy Salad Soba. Seperti yang kita tahu, masakan Korea selalunya banyak berasaskan beras, sayur-sayuran, dan daging/protein. Bukan itu sahaja, menu sampingan wajib iaitu Kimchi pasti dihidangkan hampir setiap kali anda menjamu selera.

Terdapat 3 jenis protein yang boleh anda pilih: daging lembu (RM24.90), ayam (RM21.90) atau tauhu (RM21.90). Untuk melengkapkan sajian DAEBAK pada bulan Mac hingga Mei ini, anda juga boleh membuat pilihan set dimana akan mendapat jus La Juiceria Superfoods dengan harga istimewa dalam set: dengan pilihan Love W atau cold pressed juice dengan harga tambahan hanya RM5 (harga biasa RM12.99 setiap satu).

KAMI CUBA KETIGA-TIGA MENU, MEMANG SEDAP!

Bila sudah diberi peluang untuk mencuba, kami disajikan dengan tiga menu utama tersebut. Berikut merupakan apa yang team kami jamu selera.

1.Spicy Salad Soba – Mi Soba, brokoli kukus, telur rebus setengah, kubis merah, jagung manis, kimchi, daun bawang, rumput laut, biji bijan, sos bulgogi pedas, gochujang mayo.

2.Ssambap Wrap –Tortilla wrap, romaine lettuce, acar veggies, telur rebus setengah, edamame, cendawan, jagung manis, kimchi, daun bawang, rumpai laut (seaweed), biji wijen, sos bulgogi pedas, gochujang mayo.

3.Cupbap Rice Bowl – Nasi ungu (popular di Korea), sayur acar, telur rebus setengah, edamame, cendawan tumis, jagung manis, kimchi bawang, rumpai laut (seaweed), biji wijen, sos bulgogi pedas, gochujang mayo.

Tidak terlepas juga kami pasangkan menu Daebak dengan Ichigo Matcha Smoothie baharu, yang dibuat bersama dengan Niko Neko Matcha sempena musim Spring. Smoothie ini mempunyai lapisan berwarna-warni yang diperbuat dari puree strawberi, yogurt Yunani semulajadi dan Niko Neko Yuri Matcha. Tinggi dengan antioksidan, baik untuk menyahtoksin badan dan meningkatkan kesihatan usus, smoothie ini sememangnya akan menjadi pilihan minuman berkhasiat anda. Harga RM15.90 secawan.

Minum ketika cuaca panas memang terbaik!

Dah kenyang!

Menu Daebak dan Ichigo Matcha Smoothie bukan sahaja boleh dimakan secara dine-in, malah anda juga boleh take-away atau membuat pesanan penghantaran makanan melalui GrabFood! Siapa cakap makanan sihat tak menyelerakan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×