Mungkin ramai dalam kalangan anda yang sudah mengetahui tentang ‘gelombang’ Watsons Malaysia’s Top Influencer #Watsonsmti yang berkolaborasi dengan OhBulan kan? Pencarian top influencer di Malaysia ini sudah hampir sampai ke kemuncak apabila 3 sahaja finalist ke pusingan akhir! Memang tak sabar nak tahu siapakah yang bakal merangkul gelaran Malaysia’s Top Influencer ini kan?
CABARAN PUSINGAN FINAL
Dalam pusingan terakhir ini, 3 finalist perlu menyelesaikan 3 cabaran secara total. Cabaran pertama yang perlu dilakukan adalah ‘Costume Challenge’. Para peserta diberikan 2 pasang costume setiap seorang dan perlu buat poll untuk followers mereka. undi menerusi poll tersebut. Yang menariknya, para peserta akan memakai costume yang menjadi pilihan followers. Apa akan jadi?
Cabaran kedua pula adalah ‘Stranger Challenge’. Mereka juga diberikan 2 pilihan sama ada perlu selfie dengan 10 orang strangers atau minta seorang stranger untuk belanja pembelian mereka di Watsons. Peserta juga perlu melaksanakan cabaran berdasarkan apa yang dipilih oleh followers menerusi poll tersebut.
Cabaran ketiga ialah ‘Watsons’s Customer challenge’. Peserta juga diberikan sebanyak 2 pilihan sama ada perlu menari ataupun membuat pickup line kepada orang ramai. Peserta akan melaksanakan cabaran berdasarkan pemilihan followers menerusi poll id Instagram mereka.
INILAH MASANYA UNTUK ACARA KEMUNCAK!
Setelah selesai dengan tugasan cabaran di sebelah pagi, para finalist perlu bergerak ke Mazda Showroom, Glenmarie untuk bersedia dengan acara yang terakhir. Cabaran terakhir untuk acara kemuncak ini, ketiga-tiga finalist perlu menunjukkan bakat mereka mengikut kepada kreativiti masing-masing.
Fasiha, menunjukkan bakat meniup saxophone. Eva Natasha bermain piano. Daniel pula menunjukkan acara silap mata. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu ‘berkempen’ untuk meyakinkan para juri kenapa perlu memilih mereka sebagai Malaysia’s Top Influencer 2018.
FASIHA JUARA WATSONS MALAYSIA’S TOP INFLUENCER 2018!
Buat pertama kalinya, Watsons akhirnya memilih Fasiha Latiff sebagai juara Watsons Malaysia’s Top Infuncer 2018. Bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik dan bijak, Fasiha juga memenuhi kriteria yang diinginkan para juri untuk menjadi wajah terbaharu Watsons. Memang menarik betul hadiah yang dimenangi oleh Fasiha ini. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Daniel dan tempat ketiga dimenangi oleh Eva Natasya.
Tahniah buat semua pemenang!