Hebahan

Memberi Kuasa Kepada Minda-Minda Alaf Baru

9
SHARES

Siri ketiga di dalam Persidangan Kepimpinan Remaja Borneo berjaya mencapai sasaran menangani isu-isu yang dihadapi remaja alaf baru dan menggalakkan potensi kepimpinan mereka.

image-d

Persidangan Kepimpinan Remaja Borneo 2016 telah berlangsung daripada 29 September sehingga 2 Oktober tahun ini di Universiti Curtin Sawarak, dianjur bersama Flying V Events dan Majlis Pelajar Curtin Sarawak 2016, ditaja oleh Crowe Howarth. Dengan tema “Memberi Kuasa Kepada Minda-Minda Alaf Baru”, persidangan ini bertujuan untuk membangun dan menggalak kemahiran-kemahiran kepimpinan di kalangan remaja, dan bertukar fokus kepada remaja alaf baru bertujuan menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi mereka.

“Tahun ini kami mempunyai ahli panel yang lebih muda, dan dekat dengan delegasi. Topik yang mereka bincangkan mudah difahami oleh kebanyakan delegasi. Kami memilih speaker berdasarkan cabaran yang dihadapi remaja alaf baru. Ini adalah tahun ketiga dengan menggabungkan agenda yang akan membantu delegasi mengatasi kebanyakan rintangan yang mereka hadapi di dalam kehidupan harian mereka,” ujar Vinodh Menon, Pengasas Flying V Events & Persidangan Kepimpinan Remaja Borneo.

image-f

Di antara speaker di persidangan tersebut adalah Resh, penyanyi dan penulis lirik, Edan Syah, rakyat Malaysia yang paling muda dan terpantas yang menghabiskan Maraton Boston ke -119 tahun 2015, Yasmin Rasyid, pengasas dan Presiden EcoKnights, Delwin Keasberry, tiga kali speaker TEDx, dan Aw Tai Hui salah seorang usahawan termuda dan pengasas bersama Pott Glasses.

“Kami berbangga untuk menjadi tuan rumah kepada delegasi dan memberikan mereka peluang untuk membangunkan kemahiran mereka dan mengembangkan rangkaian mereka. Sasaran kami adalah untuk memberi inspirasi kepada mereka untuk mengejar impian dan memberi mereka alat untuk berjaya pada masa hadapan, ujar Ndubi Mathews Kevin Z. W., Presiden Majlis Pelajar Curtin Sarawak 2016.

image-e

Untuk maklumat lanjut mengenai Persidangan Kepimpinan Remaja Borneo, sila layari www.borneoyouthleadership.com, atau layari laman Facebook di www.facebook.com/BorneoYouthLeadershipConference.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×