Rakyat

Melintas Secara Melulu, Kanak-Kanak Parah Dilanggar

21
SHARES
kanak-kanak melintas

Seorang kanak- kanak perempuan berusia lima tahun di Klang dilaporkan parah selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan secara melulu di Jalan Kampung Delek Kanan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan cedera di limpa dan usus dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

KANAK-KANAK PEREMPUAN PARAH DILANGGAR

Insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit memaparkan detik-detik kemalangan itu. Dapat dilihat dua orang kanak-kanak sedang menunggu di tepi jalan supaya dapat melintas dengan selamat. Namun, kanak-kanak perempuan tersebut melintas dengan lebih awal dan menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan melanggarnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara dipandu kerani wanita berusia 21 tahun dalam perjalanan ke rumahnya di kampung sama.

“Secara tiba-tiba terdapat mangsa telah melintas jalan secara melulu dan menyebabkan Perodua Kembara itu gagal mengelak sebelum melanggar kanak-kanak itu.

“Siasatan juga kenderaan itu telah cuba menekan brek kecemasan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum dikejarkan ke HKL untuk rawatan pakar susulan mengalami kecederaan parah di organ dalam.

Sementara itu, kerani wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelas Shamsul Amar, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo, Nur Fitri Damia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×