Asuh

Melecur Tahap 2, Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Tertumpah Kuah Sup Panas!

33
SHARES

Menjaga anak-anak yang kian membesar dan sudah mula boleh berjalan bukannya perkara mudah bagi ibu-ibu. Sepanjang masa terdedah dengan bahaya kerana perasaan ingin tahu yang tinggi boleh mengundang ‘sakit jantung’ dalam kalangan ibu terutamanya di rumah. Tambah pula kalau ketika memasak di dapur, risiko untuk anak-anak datang dan bermain di kawasan tersebut adalah tinggi.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh ibu ini dimana anaknya terpaksa berhadapan dengan keadaan melecur tahap 2 kerana tertumpah sup panas!

‘TENGOK BENDA PANAS JADI SEBAK DADA’

Masak apa pun tak jadi, seminggu dah tak jadi masak. Selepas kejadian ngeri buat adik Haqq minggu lepas, mama trauma nak masak. Tengok benda panas jadi sebak kat dada. Seumur hidup salahkan diri sndiri sebab cuai! Sentiasa sangat beringat, selalu nasihatkan orang lain supaya hati-hati dengan anak kecik bila di dapur. Tapi kejadian ni tetap jadi dekat keluarga saya.

Selesai masak makan malam, saya hidang lauk (sup) atas meja makan dan tutup tudung saji meja tu di ruang makan bukan di dapur. Settle semua mula ajar anak yang lain pdpr. Papanya mandi, jadi adik haqq ni main mainan dia, tak jauh dari saya. Belakang saya je mainnya terlalu pantas benda nak jadi. Ntah mcm mana dia tarik tudung saji tu lalu tumpah kuah sup yang baru je saya siap masak.

Tak sanggup nak ingat, tapi tujuan saya nak mintak doa pada semua untuk Muhammad Izny Haqq bin Mohd Suhaimi untuk kembali ceria, dapat semangat yang luar biasa dah kuat selalu untuk lalui sesi cuci luka. Sehari lepas kejadian tu, dia dapat pulak alahan, habis gatal 1 badan dan sembab muka-mukanya bertimpa-timpa.

ANAK MELECUR TAHAP 2, KEMUNGKINAN PEMBEDAHAN PINDAHAN KULIT

Mohon semua doakan adik Haqq kuat dan tak trauma dgn kejadian ni. Mama cuai dik, mama lalai, seminggu dah tak masak sebab takut campur 24 jam dia nak berdukung. Esok haqq kena cuci kali ke 4. Tahap lecur adalah tahap ke 2. Jika dalam masa 2 minggu haqq tak sihat, maka akan dilakukan pembedahan pindahan kulit. Terima kasih semua yg mendoakan.

Saya nak kongsi sikit tips jika berlaku kejadian macam ni di rumah korang pada yang masih tak tahu apa nak kena buat. Masa haqq jadi haritu, itulah perkara yang saya lakukan dan betul tindakkannya. Jika tak,luka haqq pasti lebih dalam.

Bila jadi, benda pertama bawa diri atau anak/mangsa lecur ke toilet atau sink untuk jirus air ke tempat lecur. Pastikan air kena pada seluruh tempat yang jadi. Sekurangnya 10 minit air mesti mengalir di badan, bertujuan untuk matikan rebakkan lecuran lebih dalam, jangan guna tepung atau pape benda asing yang lain kerana boleh lebih memudaratkan kesihatan dan kesan lecuran.

Kalau dia berbaju, tanggalkan baju lepas jirus air tu dan balut dengan plastik atau kain bersih yang basah untuk elak kena jangkitan kuman. Jika luka teruk serta ada gelembung air, terus bawa ke hospital sebab jika ke klinik pun akan dihantar kan ke hospital. Jadi jangan buang masa, jangn sapu apa pun lepas jirusan air tadi. Itulah yang pakar bagitau saat soal jawapan dengan saya. Saya buat benda dah betul. Tapi kekurangan masa jirus tu, jika tak ada gelembung air tu, boleh bawa ke klinik je untuk rawatan.

Setiap hari setiap masa cakap kat haqq “mama mintak maaf dik, sebab mama adik sakit.” Allahu..dia baru 2 tahun dah kena hadap sakit ni.

Edit : Untuk pengetahuan semua, luka masih tak ok dan balutan adalah 24 jam tak boleh dibuka lagi. Terima kasih sebab mendoakan dan suggest ubat-ubat yang keberkesanannya ok pada korang semua, nanti boleh try bila balutan dah dibuka.

Sumber: Fatinlyana Badrull

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×