‘Melancong’ yang kami maksudkan di sini, bukanlah benar-benar ke luar negara. Semua 4 ‘negara’ ini sebenarnya ada di Malaysia. Lebih spesifik lagi, ia terletak di Setia Ecohill bersempena dengan Hari Ibubapa.
Di awal bulan Ramadhan yang mulia ini, pasti anak-anak anda berasa letih berpuasa bukan? Tetapi ini tidak bermakna anak-anak anda tidak boleh berseronok dengan keluarga tercinta.
Walaupun Hari Bapa seminggu lagi, anda masih boleh menyambutnya awal dengan ke acara Hari IbuBapa Setia EcoHill yang akan diadakan pada hari Ahad, 12 Jun 2016 di Setia EcoHill, Semenyih dari jam 10 pagi sehingga 5 petang.
Lawati 4 Negara dan Nikmati Aktiviti Menarik Dalam Masa Sehari, Semuanya Percuma!
Sebaik anda tiba di sini dan mendaftar, pasti anda teruja melihat keunikan keempat-empat negara yang berbeza tersebut – iaitu Amerika Syarikat (USA), Thailand, Jepun dan Brazil. Tidak perlu ke luar negara kerana semuanya ada di sini!
Negara 1 – USA
Dengan berlatarbelakangkan Statue of Liberty, ambil gambar anda sekeluarga dan anda akan diberi gambar 4R.
Kemudian anda boleh nikmati bertih jagung (popcorn) yang berlainan rasa (masin, caramel, wasabi dan keju)
Negara 2 – Thailand
Thailand memang terkenal dengan urutannya, dan seorang tukang urut akan mengajar anak-anak anda teknik bagi melakukan urutan bahu yang mudah. Kemudian anak-anak anda akan diberikan masa 1-2 minit bagi mengurut anda, sebelum disambung oleh tukang urut sebenar.
Seterusnya, anda boleh nikmati Rumpai Laut yang Dibakar Tom Yum Goong yang merupakan snek terkenal di negara jiran kita ini.
Negara 3 – Jepun
Jom belajar buat sushi di Jepun pula. Anda sekeluarga akan diberi tunjuk ajar untuk membuat sushi, pasti meriah (dan kotor) bukan?
Sesudah selesai memasak, anda bolehlah memakannya – mesti anda hendak tahu sedap ke tak sedap sushi anda tadi tu kan?
Negara 4 – Brazil
Anda sukakan seni menghias kopi yang kelihatan sangat menarik bukan? Betul ke susah nak buat sendiri? Jom hadiri ke bengkel seni hiasan kopi.
Setelah selesai belajar buat sendiri, apa lagi anda bolehlah menikmati kopi tersebut. Hiasan dah nampak cantik, sudah pasti rasanya hebat!
Bila buat perkara-perkara ‘hands-on’ seperti ini, budak-budak mesti suka!
Hadiah Penghargaan
Setelah anda tamat melawati 4 negara di atas, masa untuk terima hadiah penghargaan – sebuah lilin tangan (hand wax). Anda boleh mereka sendiri bentuk isyarat tangan yang anda mahukan, sebagai contoh isyarat cinta, isyarat keamanan dan sebagainya. (Siapa cepat dia yang dapat!)
Ayuh kita ke Setia EcoHill, Semenyih pada hari Ahad, 12 Jun 2016 ini dari jam 10pagi sehingga 5petang.
Ada Hadiah Misteri?
Ya, 100 pengunjung pertama akan menerima Hadiah Misteri daripada Setia Ecohill.
Jualan untuk unit Setia EcoHill akan dilancarkan pada bulan Jun 2016 ini. Rumah contoh Setia EcoHill 2 juga sudah siap untuk dikunjungi:
1. Rumah Teres Dua Tingkat
2. Rumah Kluster Dua Tingkat
[box type=”info” align=”” class=”” width=””]
Setia EcoHill 2 tidaklah jauh. Terletak hanya 2km dari Setia EcoHill. Jualan untuk unit Setia EcoHill akan dilancarkan pada bulan Jun 2016 ini. Rumah contoh Setia EcoHill 2 juga sudah siap untuk dikunjungi.
(Koordinat GPS: 2.924088, 101.844021)
Tempat: Setia Ecohill Welcome Centre
No 2, Jalan Ecohill 1,
Setia Ecohill,
43500 Semenyih,
Selangor Malaysia
Telefon: 03-8724 2255
Tarikh: Ahad, 12 Jun 2016
Masa: 10pagi – 5petang
4 Negara Menarik Untuk Dikunjungi:
1. Amerika Syarikat (USA)
2. Thailand
3. Jepun
4. Brazil
[/box]