Hebahan

Media Prima Umum Perolehan Separuh Pertama RM535.9 juta, Keuntungan CJ WOW SHOP Meningkat 19%

25
SHARES

Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), kumpulan media bersepadu sepenuhnya Malaysia, mengumumkan hari ini keputusan separuh pertama bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2019 (“1HFY19”).

Media Prima merekodkan perolehan 1HFY19 berjumlah RM535.9 juta berbanding RM623.0 juta bagi tempoh perbandingan (“1HFY18”) dalam cabaran ekonomi dan operasi semasa yang memberi kesan kepada Kumpulan secara keseluruhannya. Kumpulan merekodkan kerugian selepas cukai (“LAT”) RM53.6 juta berbanding keuntungan selepas cukai sebanyak RM8.7 juta dalam tempoh 1HFY18.

WALAUPUN ALAMI PENURUNAN TETAPI MASIH  KEKAL TEGUH DALAM ALAM DIGITAL

Meskipun perolehan digital Kumpulan bagi tempoh 1HFY19 menurun secara marginal sebanyak 3 peratus berbanding tempoh sebelumnya, Media Prima kekal sebagai pemain penting dalam alam digital susulan pemilikan jenama baru digital dan pendemokrasian kandungan dalam platform digital. Kumpulan kekal berada dalam kedudukan ketiga di Malaysia, selepas Google dan Facebook, menerusi terma pencapaian audien digital dan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin bagi kandungan dalam peralatan mudah alih di Malaysia dengan pelawat unik berjumlah 13.5 juta sebulan.

Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima berkata bahawa, keputusan Kumpulan bagi separuh pertama tahun ini mencerminkan cabaran yang memberi kesan kepada syarikat media di seluruh dunia. Di tengah-tengah keadaan ekonomi tidak memberangsangkan yang memberi impak kepada perbelanjaan pengiklanan, khususnya bagi perniagaan tradisional, Kumpulan berjaya memulihkan keputusan suku kedua berbanding suku sebelum ini (“1QFY19”).

JENAMA DALAM TALIAN KEKAL TANGGA PERTAMA

Bagi tempoh enam bulan dalam kajian, Media Prima terus mengembangkan keupayaan digital dan perdagangan menerusi semua platform dalam usaha untuk mencapai peluang lebih baik dan terus kekal dalam trend yang baru muncul.

Jenama dalam talian The New Straits Times Press iaitu My Metro, BH Online dan NST Online, terus berada dalam kedudukan teratas di kalangan laman berita utama di Malaysia dengan masing-masing berjumlah 10.2 juta, 7.4 juta dan 3.6 juta purata pengguna sebulan ketika ini. Di sebalik percetakan, BH akan menjadi hos bagi edisi ke-32, anugerah hiburan pilihan pengguna tahunan iaitu Anugerah Bintang Popular BH, pada 22 September.

Rangkaian Televisyen Media Prima kekal di kedudukan sebagai penyiar dominan di Malaysia manakala Primeworks Studios melebarkan jualannya menerusi platform digital dan wilayah-wilayah baru. Primeworks Studios turut mengumumkan penyiaran filem baharu bagi tahun ini dan 2020 yang merangkumi filem aksi Sangkar (bakal ditayangkan pada 29 Ogos), Rock 4, Ejen Ali the Movie, dan J Retribusi, sambungan sekuel filem aksi hebat 2017 iaitu J Revolusi.

KUKUHKAN KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA ZIFF DAVIS

Media Prima Digital memasuki kerjasama dengan syarikat media digital global, Ziff Davis, untuk operasi IGN Southeast Asia (sea.ign.com) bagi hiburan dan peminat permainan di Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Filipina. IGN adalah peneraju global jenama media bagi permainan digital, filem, hiburan dan peminat budaya yang mencecah audien global berjumlah 196 juta meliputi laman web, video dan platform sosial.

Kerjasama ini adalah susulan daripada perjanjian antara Ziff Davis dan REV Asia Holdings untuk Mashable Southeast Asia (sea.mashable.com). Media Prima Digital akan melabur lebih banyak sumber dalam permainan dan bahagian eSports dan melebarkan segmen serantau menerusi kerjasama. Kumpulan percaya perolehan dalam pengiklanan akan bertumbuh pantas dalam segmen ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×