Kewangan

Media Prima Umum Perolehan Balai Berita Bangsar, Jaminan Operasi Jangka Panjang

2
SHARES

Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu sepenuhnya terbesar di Malaysia, mengumumkan perolehan ibu pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada pelan pengukuhan jangka panjang terhadap operasi perniagaan Kumpulan.

MEDIA PRIMA & PNB DEVELOPMENT BAKAL MATERAI PEROLEHAN JUAL BELI

Media Prima menyambut baik tawaran daripada PNB Development Sdn Bhd (“PNB Development”) bagi cadangan perolehan Balai Berita Bangsar dengan pertimbangan belian RM156.4 juta. Cadangan perolehan bakal dimaterai antara Media Prima dan PNB Development tertakluk kepada perjanjian jual beli rasmi.

Jika sebelum ini kita lihat bangunan Balai Berita NSTP, sebenarnya bangunan berkenaan merupakan ibu pejabat kumpulan dan pejabat anak-anak syarikat yang disewa Media Prima daripada PNB Development. Cadangan perolehan Balai Berita Bangsar ini juga dijangka memberi jaminan jangka panjang untuk memastikan operasi kumpulan berjalan lancar.

Bukan itu sahaja, Media Prima juga telah mengambil kira faktor lokasi strategik Balai Berita Bangsar – Lokasi optimum mendukung kadar pertumbuhan dan operasi kumpulan. Bagi tujuan penambahbaikkan, kumpulan berhasrat untuk melabur dalam pembikinan studio baru bagi melengkapkan studio yang sedia ada agar dapat menampung permintaan penghasilan kandungan yang semakin meningkat begitu juga menyatukan operasi pengumpulan berita.

Menurut Media Prima, cadangan perolehan merupakan pelan perniagaan strategik menjamin kelestarian masa hadapan dimana ia juga dapat mengurangkan risiko potensi kenaikan kadar sewaan.

Pada 2018, Media Prima terlibat dalam perjanjian urus niaga jualan dan pajak bersama PNB Development, melibatkan aset milik The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad termasuk Balai Berita Bangsar.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×