Rakyat

Media Prima Umum Papar Tajuk Berita Pada Skrin Besar Secara ‘Live’ Untuk Orang Ramai

13
SHARES

Selari dengan peningkatan pencarian maklumat dalam media arus perdana dan media sosial, Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), kumpulan media bersepadu terkemuka di Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan baru yang memaparkan kandungan berita pada skrin besar untuk orang ramai di sekitar Lembah Kelang.

PAPAR TAJUK BERITA SECARA LIVE DI JALAN,LALUAN LRT

BIG News by NSTP adalah perkhidmatan digital terbaharu Media Prima yang memaparkan tajuk berita secara ‘live’ daripada The New Straits Times Press (“NSTP”) melalui skrin pengiklanan digital luar rumah (“OOH”) Kumpulan. Tajuk berita utama yang terkini akan diambil melalui ‘Berita Paling Banyak Dibaca’ daripada NST Online dan BH Online. Ianya juga akan dikemas kini secara berkala di lokasi terpilih di antara pukul 7 pagi sehingga 7 malam setiap hari. Kini, perkhidmatan ini disediakan di tujuh lokasi di Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk diperluaskan melalui skrin-skrin di sepanjang Monorel KL, LRT Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Ampang, menjadikan jumlah keseluruhan skrin kepada 23.

Pelancaran BIG News ini merupakan kerjasama antara NSTP dan Big Tree, sejajar dengan strategi Kumpulan untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. NSTP dikenali dengan penerbitan beberapa akhbar tertua dan paling dipercayai di Malaysia, dalam bentuk surat khabar dan dalam talian. Big Tree pula adalah peneraju pasaran industri OOH Malaysia dengan jangkauan pengiklanan terbesar melalui pelbagai platform media bersepadu dan inventori yang meluas dalam berbagai saluran.

ORANG RAMAI BOLEH DAPAT BERITA SAHIH DIMANA SAHAJA

Pengarah Urusan Kumpulan Prima Media, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood berkata, mereka akan terus mencari kaedah kreatif dan berkesan untuk berkongsi kandungan dengan audiens dan juga memperkenalkan perkhidmatan baru kepada rakan-rakan niaga. Selain itu, apabila kita telah kembali kepada rutin dan menyesuaikan diri dengan norma baharu, OOH digital adalah medium yang sangat efektif untuk menjangkau orang ramai. Dengan pelancaran BIG News by NSTP, anda tidak perlu berada dalam bangunan ataupun memeriksa telefon bimbit untuk mendapatkan berita terkini daripada sumber NSTP yang sahih, melalui rangkaian media OOH digital Big Tree di seluruh Malaysia.

Tambah beliau, “Tajuk berita utama akan dipaparkan kepada pengguna dan penumpang kenderaan di Lembah Kelang yang berada dalam perjalanan melalui tiga kali selang masa pada waktu puncak. Kami juga akan menerokai pelbagai alternatif untuk para pengiklan menggunakan khidmat kami melalui kandungan tajaan. Ini menunjukkan keupayaan Media Prima sebagai sebuah kumpulan media bersepadu yang menyediakan perkhidmatan unik kepada audiens dan penyelesaian media secara total kepada para pengiklan.”

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×