Hebahan

Media Prima Perkenal Nafas Baharu Radio, Lebih Segar!

65
SHARES

Platform radio Media Prima, Media Prima Audio atau MPA (dahulunya dikenali sebagai RIPPLE) hari ini mengumumkan berkenaan penjenamaan semula nama syarikat dan melaksanakan strategi kandungan yang baharu selepas perlantikan pengurusan kanan baharu yang diumumkan pada bulan Jun lalu.

NAFAS BAHARU PLATFORM RADIO MEDIA PRIMA

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Encik Nazri Noran telah melancarkan perubahan utama strategik bagi syarikat termasuk penjenamaan semula semua stesen radio MPA, perubahan kandungan dan juga barisan penyampai serta merangka semula strategi secara keseluruhan bagi stesen radio dibawahnya. Dua stesen radio iaitu Hot FM dan Fly FM masih mengekalkan nama yang sama tetapi tampil dengan penyampaian dan kandungan yang serba baharu dan berbeza, dengan perubahan logo dan wajah yang baharu dan lebih segar. Sementara itu, dua stesen radio lagi, yang sebelum ini dikenali sebagai One FM dan Kool FM, kini masing-masing diberi nafas baharu sebagai 8FM dan Buletin FM.

“Penjenamaan semula secara holistik ini pertama kali dilakukan oleh Media Prima Audio selepas 15 tahun beroperasi. Ini adalah untuk memberikan peluang kepada kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai stesen radio terkemuka di negara ini.”

MEMPERKENALKAN APLIKASI AUDIO+

Media Prima Audio juga teruja untuk memperkenalkan jenama aplikasi mudah alih kami yang baru iaitu Audio+. Audio+ adalah aplikasi baru yang akan menjadi pusat sehenti bagi anda untuk mendapatkan pelbagai kandungan radio, digital dan sosial antaranya siaran radio secara langsung, podcast, video dan banyak lagi. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play, App Store dan Huawei AppGallery.

1.HOT FM

Hot FM, Kini Lebih Muzik Yang Hangat akan menjadi satu pusat untuk pendengar dapatkan pelbagai hiburan dan maklumat melalui kandungan yang lebih menarik, penceritaan yang lucu dan muzik yang lebih hangat.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822. Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

2.BULETIN FM

Buletin FM, Info Terkini & Muzik Sepanjang zaman akan membawakan berita terkini dan isu-isu semasa juga analisis yang pasti akan memberi penjelasan yang lebih tepat, pengkongsian cerita-cerita positif dan akan memberikan muzik yang dikenali ramai sepanjang hari.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 93.6FM Kuala Terengganu; 88.6FM Kota Bharu; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

3.FLY FM

Fly FM kini tampil serba baharu dengan menawarkan komedi mencuit hati, penceritaan bertaraf dunia, kandungan yang lebih menarik dan muzik yang familiar sepanjang hari. Fly FM kini serba baharu bersama Douglas Lim & Ili di pagi hari dan Muzik yang ANDA perlukan sepanjang hari!

Fly FM boleh didengari menerusi frekuensi 95.8FM di Lembah Klang; 98.6FM Seremban; 94.0FM Melaka; 89.9FM Penang; 107.5FM Kuala Terengganu; 107.4FM Kota Bharu; 87.6FM Kuantan; 87.9FM Ipoh; 99.1FM Alor Setar; 102.5FM Johor Bahru.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Fly FM secara live streaming di www.flyfm.audio dan YouTube Fly TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital yang menghiburkan, boleh terus ikuti laman sosial Fly FM di Facebook FM FM, Instagram @flyfm958 dan Twitter @flyfm958 dan Whatsapp 017-295 1144. Fly FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

4.8FM

8FM yang dahulunya One FM, menyasarkan untuk menghiburkan dan berkongsi kandungan menarik bersama masyarakat Cina di Malaysia melalui penceritaan bertaraf dunia, positif dan muzik yang familiar sepanjang hari. 8FM 听好音乐,过好生活 Love Music, Cherish Life.

8FM boleh didengari menerusi frekuensi 88.1FM di Lembah Klang; 88.3FM Seremban; 88.1FM Melaka; 87.8FM Penang; 95.7FM Kota Kinabalu; 88.1FM/105.3FM Johor/Johor Bahru; 100.4FM Kuantan; 87.6FM Ipoh; 87.8FM Kedah; 98.3FM Kuching.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar 8FM secara live streaming di www.8fm.audio dan YouTube 8FM881. Untuk perkembangan dan pengisian digital yang menghiburkan, boleh terus ikuti laman sosial 8FM di Facebook 8FM881 dan Instagram @8fm881 dan Whatsapp 017-251 0110. 8FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×