Hebahan

Media Prima Lantik 3 Individu Beri Nafas Baharu Platform Radio RIPPLE

1
SHARES

Media Prima Berhad hari ini mengumumkan pelantikan pengurusan kanan di platform radionya, RIPPLE. Encik Nazri Noran dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Aaron Pinto sebagai Ketua Pegawai Kandungan berkuatkuasa 1 Jun 2021.

MEDIA PRIMA UMUM PERLANTIKAN BARU PENGURUSAN KANAN RIPPLE

Encik Nazri Noran

Encik Nazri Noran yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ini mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri hiburan. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran radio dan dikenali kerana kepakaran menyediakan kandungan yang berjaya menawan hati para pendengar tempatan. Beliau sebelum ini bertugas sebagai Penolong Kanan Timbalan Presiden, Astro Radio bahagian Radio Melayu dan Tamil, di mana beliau mengetuai jenama-jenama radio ERA, Sinar, Gegar, ZAYAN dan Raaga. Dalam peranan barunya di Media Prima, Encik Nazri akan bertanggungjawab ke atas strategi dan operasi keseluruhan RIPPLE dalam mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai rangkaian radio yang popular.

Encik Aaron Pinto

Teraju pengurusan radio RIPLLE seterusnya adalah Encik Aaron yang akan melapor kepada Encik Nazri. Beliau mempunyai pengalaman lebih 26 tahun dalam industri radio dan telah bertanggungjawab dalam mentransformasi jenama dan produk radio untuk menaikkan semula pertumbuhan jumlah pendengar dan perolehan. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Kandungan, Astro Radio dan mengetuai strategi pembangunan kandungan dan bakat bagi 12 jenama Astro Radio.

Datuk Jake Abdullah

Turut dilantik, Datuk Jake sebagai pakar runding kepada RIPPLE. Beliau akan memberikan khidmat pakar runding dan membantu merangka strategi berkaitan kandungan, penjenamaan dan pendengar radio.Datuk Jake adalah seorang veteran dalam industri media dan penyiaran dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam penubuhan beberapa stesen radio yang berprestij dan peneraju pasaran di Asia. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Pyjama Media Sdn Bhd dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio.

 “Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Encik Nazri, Encik Aaron dan Datuk Jake sebagai pasukan RIPPLE.” Encik Rafiq Razali, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Media Prima.

Kumpulan juga mengumumkan Encik Seelan Paul, bekas Ketua Pegawai Eksekutif RIPPLE, telah ditukar ke Rangkaian Televisyen Media Prima dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, ntv7 berkuatkuasa 1 Mei 2021.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×