Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2022, Media Prima Berhad menerusi 8TV saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia telah melancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2022 #Yoohoo2022 berserta dengan album CNY 2022.
Ini adalah hasil kolaborasi dengan stesen radio 8FM, rangkaian TV beli-belah WOWSHOP, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) secara siaran langsung dari 8TV dan juga strim secara langsung di laman Facebook 8TV, 8FM, WOWSHOP, Rojaklah, Viralcham dan TTN selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam pada 8 Disember 2021.
KEMPEN TAHUN BAHARU CINA BAWA SEMANGAT POSITIF KEPADA RAKYAT
Sesi pelancaran tersebut menampilkan 16 CNY Buddies 2022 iaitu Ong Ching Yee, Owen Yap, Orange Tan, Rickman Chia, Gary Yap, Royce Tan, Angeline Ooi, Jordan Sen, Pauline Tan, Melissa Ong, Ash Lu, Kendra Sow, Kyann Lim, Hana Xinyi, Nickkung dan Joey Kong untuk sama-sama menyebarkan mesej positif dan keriangan kepada semua.
Dalam keadaan semasa yang penuh dengan cabaran, Media Prima ingin menghulurkan bantuan dan sokongan kepada rakyat Malaysia untuk mengatasi kesukaran hidup serta memberikan hiburan dan semangat positif menerusi persembahan kandungan terbaik kami. Justeru, kempen Tahun Baharu Cina 2022, #Yoohoo2022 ataupun ‘Hu Zhu Hu Ai Yoohoo Xiang Qian Zou’ dalam sebutan bahasa Mandarin membawa mesej positif yang bermaksud saling membantu dan menyayangi sesama kita untuk terus yakin melangkah ke hadapan.”- Ketua Pegawai Operasi 8TV, Kevin Foo.
Bukan itu sahaja, kerjasama strategik daripada rakan-rakan penaja dapat direalisasikan kempen ini dengan sempurna dan dapat membawa sinar baharu kepada penonton kami menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini.Seiring dengan kempen #Yoohoo 2022 dan tibanya tahun Harimau, Media Prima memperkenalkan maskot harimau yang dinamakan sebagai ‘Yoohoo’ untuk memberi tuah, rezeki dan keriangan kepada rakyat Malaysia.
Kempen CNY 2022 #Yoohoo2022 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan orang ramai boleh berkongsi perasaan keterujaan mereka dalam menyambut Tahun Baharu Cina ini bersama ahli keluarga serta sahabat handai. Antara aktiviti tersebut adalah #Yoohoo2022 Dance Challenge, #Yoohoo2022 CNYWish, REBORN – Kolaborasi 8TV dan Karun Hijau Recycling, CNY Together.
DISERIKAN DENGAN BARISAN SELEBRITI POPULAR!
Sesi pelancaran Kempen CNY 2022 turut diserikan dengan kehadiran barisan selebriti popular seperti Emily, Houson, Yeejie, Bernard, Emily Chan, Wilson Lee, Yuan Teng, April, Freddie, Chang Yong, Angela, Hong Hui dan Shusen Woon yang mempromosikan drama khas CNY 2022. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan mini drama EXPRESS HAPPINESS lakonan Yuan Teng, April, Freddie, Houson dan Yeejie pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam bermula 1 Januari 2022. Drama Gong Xi Fa Cai lakonan Bernard, Jordon Sen, Emily Chan, Wilson Lee dan Orange Tan akan menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 9.00 malam bermula 10 Januari 2022.
Selain itu, 8TV juga menyediakan pelbagai program khas bersempena dengan sambutan CNY 2022 termasuklah 8 E-News Mini Concert dan Yoohoo 2022. Nantikan telefilem CNY My Dream My Wish lakonan Chang Yong, Angela, Hong Hui, Shusen Woon di portal video tonton CINEMA.
Barangan eksklusif kempen CNY 2022 #Yoohoo2022 seperti Yoohoo plush toy (termasuk album CNY 2022), Yoohoo T-shirt dan Yoohoo pelitup muka pembedahan 4-lapis (berserta ruang simpanan pelitup muka) boleh didapati di Kedai Buku Popular, laman sesawang rasmi www.popularonline.com.my dan platform perniagaan elektronik di seluruh Malaysia mulai 8 Disember 2021.
Layari info terkini dan program tentang kempen #Yoohoo2022 di laman sesawang rasmi https://www.rojaklah.com/yoohoo2022 dan rancakkan perbualan di platform sosial media dengan menggunakan #Yoohoo2022 tau!