Hebahan

Media Prima Diiktiraf & Rangkul Anugerah ‘Syarikat Paling Cemerlang Di Malaysia’

21
SHARES

Media Prima merupakan salah satu syarikat peneraju media bersepadu terbesar di Malaysia. Ketika ini, Media Prima menduduki tempat ketiga di Malaysia dalam pencapaian digital menerusi pemilikan REV Asia Holdings pada 2017, kemudian muncul pilihan nombor satu bagi kandungan mudah alih mendahului Google dan Facebook pada tahun 2018.

Terbaharu, Media Prima dinobat pula sebagai Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia di bawah Sektor Budi Bicara Pengguna.

Anugerah Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia

Anugerah ini telah diterima oleh Puan Farnida Ngah, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, dan Puan Sharifah Nur Adibah Aljufri, Pengurus Besar, Kewangan Korporat dan Perhubungan Pelabur dalam satu majlis anugerah Asiamoney Asia Outstanding Companies Poll 2019 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Asiamoney Asia Outstanding Companies Poll bertindak dengan mengiktiraf syarikat-syarikat yang cemerlang dalam bidang seperti prestasi kewangan, kecemerlangan pasukan pengurusan, aktiviti perhubungan pelabur dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

Di Malaysia, sebanyak 18 sektor telah dipertandingkan termasuklah Sektor Budi Bicara Pengguna. Dalam sektor ini, Media Prima telah menerima undian tertinggi dan berjaya membawa pulang anugerah tersebut.

Terima kasih kerana yakin dengan Media Prima

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Puan Farnida Ngah mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua pihak yang mengundi serta memberi keyakinan kepada Media Prima. Malah, Media Prima turut menghargai pengiktirafan serta anugerah yang diterima ini.

Langkah-langkah perubahan bukanlah mudah dan kami telah meneroka pelbagai pilihan yang boleh dilaksana dan mampan untuk menyusun semula Kumpulan sebagai respons terhadap persekitaran operasi semasa.

Penghargaan harus diberikan kepada pasukan hebat di Media Prima di atas kerja cemerlang yang telah diiktiraf secara konsisten untuk anugerah-anugerah lain. Kami akan terus bergerak ke hadapan dalam menjadikan Media Prima sebagai syarikat kandungan dan perdagangan digital yang terutama di Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×