Hebahan

Media Prima Catat Keuntungan Suku Tahunan Ketiga Berturut-Turut

17
SHARES

Media Prima Berhad  hari ini mencatatkan keuntungan selepas cukai  sebanyak RM4.2 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2021 (“1QFY21”). Ini adalah keuntungan suku tahunan ketiga berturut-turut dan keuntungan 1Q yang pertama Kumpulan sejak tahun 2016.

MEDIA PRIMA CATAT KEUNTUNGAN SUKU TAHUNAN MENINGKAT 7%

media prima catat keuntungan

Perolehan Kumpulan meningkat sebanyak 7% dan ini dicapai melalui pertumbuhan perolehan segmen-segmen Penyiaran, Perdagangan,dan Media Digital.

Bukan itu sahaja, Media Prima turut menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi DIDIK TV KPM yang mula beroperasi pada Februari 2021. Ini menunjukkan keupayaan Kumpulan dalam memanfaatkan kekuatan platform-platform penyiarannya dan membuka lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan pihak-pihak luar berdasarkan kepada capaian tontonan luas dan keupayaan penyediaan produksi kandungan oleh Media Prima.

Segmen perdagangan Kumpulan, WOWSHOP, meneruskan pencapaian yang mantap bagi mencatatkan PAT sebanyak RM2.5 juta dengan peningkatan 19% perolehan.

Segmen digital Media Prima, REV Media Group (“REV Media”), mencatatkan perolehan segmen meningkat 11% kepada RM19.3 juta. REV Media mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat digital utama Malaysia dengan memenangi dua anugerah pada 1QFY21 – Syarikat Penerbitan Digital Tahunan di d Awards 2021, manakala portal e-sukannya MyGameOn memenangi anugerah Perak bagi Kejohanan E-Sukan Kampus di acara Marketing Excellence Awards.

TANDA-TANDA PEMULIHAN DALAM INDUSTRI

Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima

Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima berkata: “Keputusan kewangan mantap kami yang dicatatkan pada suku-suku tahunan kebelakangan ini menandakan pemulihan yang ketara kepada Kumpulan, terutamanya semasa pandemik Covid-19 dan langkah-langkah pencegahan penularannya telah memberi impak yang besar kepada ekonomi dan industri kami”

Encik Rafiq Razali, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Media Prima

Encik Rafiq Razali, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Media Prima, berkata: “Kami memulakan tahun 2021 dengan langkah yang positif, merekodkan keuntungan suku tahunan Kumpulan buat kali ketiga berturut-turut, di samping mengurangkan kerugian di beberapa platform. Perolehan daripada pengiklanan, percetakan dan edaran surat khabar, serta jualan kandungan telah bertambah baik.”

Media Prima Berhad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×