Pilihan Editor

Media Prima Berhad Lantik Rafiq Razali Sebagai Pengarah Eksekutif Yang Baharu

91
SHARES

Media Prima Berhad yang merupakan kumpulan media bersepadu sepenuhnya terbesar di Malaysia pada hari ini mengumumkan pelantikan Encik Rafiq Razali, 36 tahun, sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima yang baharu, berkuatkuasa 18 Februari 2021.

BERJAYA LAKSANA STRATEGI PEMULIHAN PERNIAGAAN

Sumber foto : The Edge

Encik Rafiq memulakan kerjayanya di Media Prima pada 2016 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group (RMG) (dahulunya dikenali sebagai Media Prima Digital). Beliau berjaya melaksanakan strategi pemulihan perniagaan (business turnaround) yang memacu RMG menjadi satu daripada syarikat media digital yang terunggul dari segi kewangan dan capaian audiens. Kejayaaan pemulihan ini turut membawa kepada pertumbuhan pendapatan yang signifikan dan konsisten, menjadikan RMG syarikat yang mencatat keuntungan.

Berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian Kelas Pertama) dalam Sains Aktuari dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat, beliau juga telah melengkapkan ASEAN Senior Management Development Program daripada Harvard Business School ACM.

BAWA NAMA MEDIA PRIMA KEDUDUKAN KETIGA SELEPAS GOOGLE & FACEBOOK

Bukan itu sahaja, beliau bertanggungjawab dalam usaha pengambilalihan strategik aset-aset digital oleh Media Prima. Ini termasuklah kejayaan pengambilalihan Rev Asia Holdings Sdn Bhd yang telah menyediakan pangkalan data demografik audiens golongan muda kepada Kumpulan. Tambah membanggakan adalah,  ia meletakkan Media Prima di kedudukan ketiga di belakang Google dan Facebook berdasarkan capaian audiens digital keseluruhan dalam negara. Dibawah kepimpinannya, RMG telah memeterai persefahaman usahasama dengan jenama-jenama digital global seperti Mashable, IGN dan Technave.

Encik Rafiq juga memainkan peranan utama dalam usaha transformasi perniagaan Media Prima untuk menyatukan strategi digital Kumpulan merentasi kesemua anak-anak syarikatnya. Antara pencapaian utamanya sehingga kini termasuklah pelaksanaan strategi ‘Big Data’ untuk Kumpulan bagi menyediakan maklumat masa sebenar (real time dashboards) dan profail audiens yang mendalam menggunakan algoritma kecerdasan buatan (Articial Intelligence) yang kompleks. Kemuncak kejayaannya dicapai bila RMG menerima anugerah 2019 Digital Publisher of the Year oleh Malaysian Digital Association.

Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad Datuk (Dr.) Syed Hussian Aljunid, turu mengalu-alukan pelantikan Encik Rafiq ke Lembaga Pengarah Media Prima.

“Beliau mempunyai pengalaman yang luas serta rekod kejayaan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif penting transformasi perniagaan di peringkat Kumpulan. Beliau juga seorang yang mempunyai kemahiran serta dihormati di dalam lanskap media digital setelah berkhidmat dengan beberapa syarikat permulaan (start up) digital sebelum menyertai Media Prima. Kami percaya beliau akan memberi sumbangan besar kepada masa hadapan Kumpulan.”

Tahniah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×