Satu kejadian berlaku di Chiang Mai apabila mayat seorang bayi baru lahir ditemui di dalam peti sejuk beku yang dipercayai disembunyikan bapanya di sebuah rumah selama lebih setahun, lapor Bangkok Post. Lama dah tu!
Baca juga: Jiran Hina Arwah Suami, Wanita Ini Sanggup Bina Tembok 10 Meter!
MAYAT BAYI DISEMBUNYI BAPA LEBIH SETAHUN
Menurut Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai, mayat bayi yang dibalut dengan tuala kuning ditemui pekerja yang diupah mengubah suai sebuah rumah di perkampungan Wa Ket di daerah Muang di sini.
Katanya lagi, bayi yang mati selepas dilahirkan itu adalah milik pasangan kekasih yang dahulunya tinggal di rumah tersebut yang tidak dapat mengebumikan bayi itu selepas ibunya ditangkap atas dakwaan mencuri.
MAYAT DIBUNGKUS DAN DILETAKKAN MAINAN
Sebelum ibu bayi yang dikenali sebagai Uew berusia 24 tahun dihantar ke penjara, pemilik asal rumah itu berpindah semula ke rumahnya dan apabila pekerja pengubah suaian membuka peti ais tersebut, dia menemui mayat bayi dibungkus dan diletakkan mainan bersamanya.
Tambahnya, pegawai polis dan pasukan penyelamat bergegas pergi ke rumah tersebut dan mendapati mayat bayi itu telah meninggal dunia lebih setahun lalu. – Agensi
Sumber: Bangkok Post