Rakyat

Tandas Tersumbat, Bertakung Air Darah. Mayat Bayi Dengan Uri Ditemui Di Terminal Sentral Kuantan

1K
SHARES

Mayat seorang bayi lelaki dilaporkan telah ditemui di tandas wanita, tingkat satu, Terminal Sentral Kuantan (TSK) pada 23 September setelah pihak polis menerima laporan kira-kira jam 9.50 pagi.

Hasil siasatan mendapati kejadian antara pukul 5 pagi hingga 7 pagi di sebuah tandas wanita yang berada di tingkat satu bangunan.

Tandas tersebut ditutup pada 19 September lalu untuk penyelenggaraan dan naik taraf serta terdapat papan tanda “tandas ditutup” untuk orang awam.

Air Bercampur Darah Melimpah Apabila Tandas Dipam

Menurut saksi pertama, dia masuk ke tandas untuk buang air kecil dan mendapati penutup mangkuk tandas tertutup dan apabila mengepam air, kelihatan air melimpah keluar berwarna merah (bercampur darah).

Sejurus selepas itu, saksi berkenaan memaklumkan kejadian kepada pekerja pencuci untuk membuat pemeriksaan.

Saksi kedua iaitu pencuci memaklumkan pihak polis ketika membuat pemeriksaan mendapati tandas seperti tersumbat dan apabila cuba mengeluarkan objek yang tersumbat dengan dawai telah tertarik uri dan tali pusat bayi.

Wanita Membawa Beg Dirakam CCTV

“Terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan kelihatan seorang wanita memakai baju berwarna hitam pukul 5.58 pagi bersama sebuah beg bagasi dan telah keluar dari tandas pada pukul 6.30 pagi dengan memakai pakaian lain iaitu memakai pakaian baju kurung,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali dalam sebuah kenyataan menerusi Utusan Online.

Kejadian tersebut telah dilaporkan oleh seorang anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membuat rondaan di tandas awam di situ.

Mayat Bayi Dibawa Ke Hospital Untuk Bedah Siasat

Beliau berkata, mayat bayi yang ditemukan itu telah dibawa ke forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi secara rahsia,” akhiri beliau.

 

*Sumber berita & foto: Utusan Online via Info Kemalangan & Bencana Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×