Famili

Mata Anak Umpama ‘CCTV Bergerak’, Ini Sebabnya Ibubapa Perlu Jaga Kelakuan Depan Mereka!

253
SHARES

Anda perasan tak kadang-kadang ada perlakuan yang anda lakukan menjadi ikutan anak-anak? Untuk pengetahuan anda, anak-anak khususnya sejak dari kecil lagi mempunyai apa yang dikatakan mirroring, iaitu meraka mudah untuk terikut-ikut dengan perlakuan orang sekeliling. Jadi, amat penting untuk anda sebagai ibubapa untuk elak melakukan perkara-perkara yang tak elok di hadapan anak-anak ya!

MATA ANAK UMPAMA CCTV BERGERAK

Terharu. Malam semalam kali pertama saya berlakon tidur sebelum anak saya, Eva yang baru berumur 1 tahun 6 bulan. Biasanya rutin sebelum tidur, saya baca sama-sama buku apa-apa yang Eva berikan pada saya, seterusnya tutup lampu tidur.

Bila dah baringkan Eva di tempatnya dalam keadaan gelap, saya akan belai kepala Eva sambil cium dahi dan cakap “Mummy sayang Eva, jadi anak solehah” sambil baca “Ya Latiff” sebanyak 7 kali dan tiup di ubun kepala.

Tapi semalam, saya pura-pura tidur dahulu (niat nak anak belajar tidur sendiri), saya terkejut bila Eva datang dekat saya sambil cakap-cakap bahasa dia seterusnya belai dan cium kepala saya sama macam apa saya buat dekat dia. Rasa terharu sangat. Lebih terharu bila Eva tutupkan lampu tidur, selimutkan saya, peluk dan cium dahi saya lagi sebelum dia cuba tidur sendiri tapi tak dapat.

Disebabkan saya terharu dan rasa sayu malam semalam, akhirnya kalah juga terus peluk anak dan tidurkan. Sebab saya percaya, kasih sayang dan belaian yang kita berikan pada anak sepanjang dia lahir akan melekat dalam hatinya sampai bila-bila.

FASA UMUR 3 TAHUN KE BAWAH ADA SAAT GENTING

http://www.kidsdentalonline.com/

Fasa anak bawah umur 3 tahun adalah saat genting untuk kita curahkan sepenuh kasih sayang demi memenuhi “dos” kuota pelukan, belaian serta ciuman.  Sementara Allah masih pinjamkan tangan untuk membelai. Masa untuk diluangkan, suara untuk luahkan kasih sayang pada anak dan tenaga untuk memeluk anak.

Anak tak minta lebih pun, 4 perkara ini sahaja dia minta di usia sekarang. Kalau 4 perkara ini pun kita susah untuk berikan, tak mustahil sudah juga anak nak “pulangkan” pada kita bila masa kita perlukan di hari tua.

http://lynnbryson.com/

Tetapi dalam memberi kasih sayang, perlu juga ada ketegasan demi membentuk perilaku yang baik. Ada satu kajian tentang kasih sayang dan tingkahlaku anak, anak yang mendapat kasih sayang cukup semasa umur bawah 2 tahun akan kurang risiko tantrum dan masalah tingkahlaku.Kita nak anak ikut apa kita cakap, ikut mana kita pergi dan buat setiap arahan yang diberi.

Tapi kita, setiap kali anak bercakap dengan kita, kita buat tak endah sibuk pandang handphone. Tiap kali anak tarik tangan kita untuk ke sesuatu tempat, kita elak dan alihkan perhatian mereka. Tiap kali anak minta main bersama, kita abaikan mereka. Cakap “nanti”.

www.verywell.com

Bila anak dah besar sedikit, anak tak ikut cakap kita, kita marah. Anak tak menyahut bila kita panggil, kita marah. Anak tak nak ikut arahan yang diberi (degil), kita marah. Soalannya, siapa yang mulakan dulu? Kita atau anak? Siapa yang “degil” dahulu?

Kita atau anak? Salah anak atau salah kita dalam hal ini? Anak yang cukup kasih sayang, akan membesar dengan sihat dan baik. Saya banyak menerima soalan dan tips nak ajar anak tingkahlaku yang baik? Cara yang utama adalah jadi idola yang baik untuk anak sejak bayi.

PERKARA YANG IBUBAPA KENA ELAK BUAT DEPAN ANAK

http://www.thesuccessfulparent.com/

Elakkan buat benda yang kita larang, contoh yang kebanyakan mak ayah buat:

Mak ayah makan junk food depan anak tapi larang anak makan junk food. Mak ayah hisap rokok depan anak, tapi mengamuk bila anak hisap rokok dengan kawan. Mak ayah pukul anak bila marah, tapi marah bila anak pukul balik. Mak ayah tengking anak bila buat silap, tapi marah anak tinggi suara. Mak ayah tak menyahut bila anak panggil, bila anak tak menyahut gelar “anak kurang ajar”. Mak ayah baling barang setiap kali bergaduh, bila anak buat cakap “jangan”. Mak ayah mencarut depan anak #$#₩@*×¥×, bila anak mencarut balik marah nak cilikan mulut anak.

siraplimau.com

Kalau mak ayah tak ada buat semua perkara di atas, tapi anak ada buat. Kena siasat balik dari mana anak belajar, adakah dari pengasuh, taska atau TV. Semuanya mempengaruhi tingkahlaku anak ya.  Anggaplah mata comel anak umpama CCTV yang akan diulang tayang pada bila-bila masa kerana anak adalah cerminan mak ayah. Jangan salahkan anak jika kita juga salah, sebaliknya sama-sama perbaiki diri.

*Peringatan kepada diri sendiri juga.

Artikel ini adalah hasil perkongsian dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist & Beyond Home Therapy, di laman Facebooknya.

Sumber : Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×