Euforia Bola 2026
Nur

Orang Mati Tahu Dia Akan Masuk Syurga Atau Neraka? Ini Penjelasan Berdasarkan Hadis Sahih

syurga atau neraka

Setiap manusia pasti akan melalui detik kematian, namun apa yang menanti selepas itu kekal menjadi rahsia besar yang hanya dijelaskan sedikit melalui wahyu. Soalan yang sering dibangkitkan oleh masyarakat, “Adakah orang yang telah meninggal dunia mengetahui kedudukan mereka di syurga atau neraka?”

Baca juga: Lelaki & Perempuan ‘Selamba’ Gurau Lucah Di Pejabat, Ringan Di Mulut, Tapi Berat Di Sisi Hukum..

ORANG MATI TAHU KE DIA AKAN MASUK SYURGA ATAU NERAKA

SYURGA ATAU NERAKA

Freepik

Menurut penjelasan para ulama serta beberapa hadis sahih, seseorang yang telah meninggal dunia akan diperlihatkan tempat akhir yang bakal didiaminya kelak, sama ada di syurga atau di neraka.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِن أحدكُم إِذا مَاتَ عرض على مَقْعَده بِالْغَدَاةِ والعشي، إِن كَانَ من أهل الْجنَّة فَمن أهل الْجنَّة، وَإِن كَانَ من أهل النَّار فَمن أهل النَّار، يُقَال: هَذَا مَقْعَدك حَتَّى يَبْعَثك الله إِلَيْهِ يَوْم الْقِيَامَة

Artinya : “Sungguhnya seorang kamu itu apabila telah mati akan ditunjukkan tempat duduknya pada pagi dan pada petang. Jika dia dari ahli syurga maka ditunjuk dari ahli syurga dan jika dia dari ahli neraka maka ditunjuk dari ahli neraka. Dikatakan kepada orang yang telah mati itu : Inilah tempat dudukmu sehingga Allah hantarkan kamu kepada tempat ini pada hari kiamat nanti.” (Hadis riwayat Muslim)

Riwayat ini menunjukkan bahawa di alam barzakh, seseorang sudah mengetahui apakah dia tergolong dalam ahli syurga atau ahli neraka berdasarkan gambaran yang diperlihatkan kepadanya setiap hari.

Walau bagaimanapun, hakikat sebenar tentang keadaan alam barzakh adalah sepenuhnya dalam pengetahuan Allah SWT. Apa yang dinyatakan dalam hadis-hadia sahih adalah panduan untuk umat Islam memahami bahawa kehidupan selepas mati bukanlah satu keadaan kosong, sebaliknya mempunyai proses dan ketetapan tertentu.

SYURGA ATAU NERAKA

Selain itu, terdapat juga riwayat daripada Anas bin Malik r.a. yang menjelaskan perkara sama. Dalam hadis tersebut, Nabi Muhammad SAW menerangkan bahawa seseorang yang telah meninggal dunia akan diperlihatkan dua kedudukan iaitu tempatnya jika dia menjadi ahli neraka dan tempat gantian yang disediakan oleh Allah SWT di syurga.

Individu berkenaan akan melihat kedua-duanya sebagai bentuk peringatan dan penjelasan tentang balasan yang menantinya pada hari kiamat.

Hal ini membawa maksud bahawa roh manusia di alam barzakh sudah diberikan gambaran awal mengenai tempat akhirnya, namun ia bukanlah keputusan muktamad pada saat itu. Segalanya akan disempurnakan pada hari kebangkitan apabila setiap amalan dihitung dengan seadil-adilnya oleh Allah SWT.

Walaupun begitu, umat Islam diingatkan agar tidak membuat kesimpulan melampaui batas mengenai alam barzakh kerana ia termasuk perkara ghaib yang hanya diperjelaskan setakat mana yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.

Baca juga: Senarai Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026, Boleh ‘Take Note’ Dari Sekarang!

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×