Famili

“Ada Pelbagai Aktiviti”- Inisiatif Masjid Negeri Ipoh Wujud Zon Mesra Kanak-Kanak Dalam Masjid Dipuji

315
SHARES

Kanak-kanak menangis, bermain dan berlari di dalam dan sekitar kawasan masjid merupakan situasi yang akan dialami oleh para jemaah masjid ketika menunaikan solat. Tambah pula apabila berada di dalam bulan Ramadan, pastinya ramai dalam kalangan ibu bapa yang mahu menunaikan solat sunat Tarawih serta membawa juga anak-anak ke masjid. Pastinya, akan timbul sedikit ketidakselesaan bagi jemaah lain untuk menunaikan solat jika anak-anak makin lincah bermain bukan?

Berbeza pula dengan situasi di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh. Masjid ini mengambil inisiatif untuk mewujudkan ruang bermain untuk kanak-kanak sehingga membuatkan mereka enggan pulang disebabkan seronok bermain dengan pelbagai aktiviti disediakan ketika ibu bapa solat Tarawih. Menarik!

ADA MACAM-MACAM AKTIVITI UNTUK ANAK

Ahli Jawatankuasa Masjid Negeri ini mendapati ramai ibu bapa membawa bersama anak kecil sewaktu menunaikan solat tarawih. Oleh demikian, satu ruang di tingkat atas bersebelahan ruang solat disediakan ruang khas untuk kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, mereka mengambil inisiatif untuk mewujudkan pelbagai aktiviti termasuklah mewarna, membaca dan sebagainya sepanjang solat tarawih berlangsung. Tambahan, Imam Besar Masjid Negeri mengalakkan ibu bapa membawa anak-anak ke masjid dan amalan ini perlu dididik sejak mereka kecil lagi.

Aspek keselamatan diambil kira

Tambah Imam Masjid Negeri lagi, bagi menitikberatkan aspek keselamatan ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran dan mendapatkan kad khas untuk diserahkan semula semasa mengambil anak mereka.

Bilik ini juga dilengkapi  ‘aircond’ dan antara permainan disediakan adalah lego, kapal terbang mainan, anak patung juga buku-buku aktiviti matematik, melukis dan mewarna. Hampir 90 peratus barangan mainan ini adalah hasil sumbangan orang ramai.

ADA PANTAUAN, LEBIH 40 KELUARGA MENDAFTAR

Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini. Sepanjang empat hari puasa ini, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.

Iman Masjid Negeri ini turut berharap agar dengan kewujudan ruang kanak-kanak sebegini dapat mengalakkan ramai lagi jemaah datang untuk menunaikan solat tarawih dan bawa bersama anak mereka. Malah, turut dijadikan contoh dan ikutan kepada jawatankuasa masjid yang lain.

Menurutnya lagi, masjid ini tidaklah mempunyai ruang yang besar. Beliau turut memberi cadangan untuk masjid yang mempunyai ruang kecil supaya menggunakan balai lintang atau pembuat pembahagian bagi mewujudkan zon kanak-kanak. Kemudahan parkir dan ruang solat di kebanyakan masjid-masjid di negeri ini sudah cukup selesa, jadi dengan adanya usaha menambah sedikit ruang untuk kanak-kanak, pasti akan memberi lebih kebaikan kepada jemaah.

Sumber : SinarHarian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×