Famili

[VIDEO] Ibu Kongsi Kisah Anak Alami Masalah Penyakit ‘Clubfoot’, Kaki Tak Pijak Lantai

158
SHARES

Congenital Talipes Equino Varus (CTEV) atau dikenali sebagai Clubfoot merupakan kondisi kaki di kalangan kanak-kanak. Kondisi ini mempunyai sebelah atau kedua-dua belah kaki yang menghala ke atas dan ke dalam sewaktu dalam posisi kaki yang tidak memijak lantai.

Perkongsian kisah sebak seorang ibu di TikTok menceritakan tentang pengalaman menjaga cahaya mata kesayanganya yang mengalami masalah clubfoot. Video sebak itu sehingga kini telah menerima 378,500 tontonan.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Terkejut Biji-Biji Kecil Di Jari Anak Merebak Sehingga Tercabut Kuku

KISAH ANAK ALAMI MASALAH PENYAKIT ‘CLUBFOOT’, KAKI TAK PIJAK LANTAI

masalah penyakit 'clubfoot'

Menerusi video yang dikongsi, perasaan luluh hati dan sedih apabila melihat kaki anaknya bernama Ari yang bengkok kedalam dan tidak seperti bayi lain. Hati ibu mana yang tidak luluh anak dalam keadaan begitu, wanita tersebut juga menghantar Ari ke rawatan dan melakukan pembedahan untuk kembali normal.

Tambahnya lagi, selepas empat bulan ulang alik hospital dan melakukan pelbagai rawatan yang disyorkan, kaki anak kesayanganya akhirnya normal seperti bayi lain.

“Lepas empat bulan ulang alik dan banyak rawatan serta pembedahan, saya tak percaya saya dapat lihat kaki anak saya normal macam baby lain. Syukur sangat,” luahnya.

Selain itu, Nor Zaina juga membeli kasut untuk bayi yang menghidapi masalah clubfoot. Kasut pertama Ari berharga RM1395 tetapi hanya dipakai selama empat hari sahaja kerana bayi comelnya itu menangis seharian jika dipakaikan kasut tersebut.

masalah penyakit 'clubfoot'

Kasut tersebut telah menyebabkan kaki Ari mengelupas dengan teruk sehingga menampakan isi kakinya. Tidak berakhir disitu, wanita itu membeli kasut baharu buat Ari bernilai RM850 dan apa yang lebih mengembirakan apabila kaki si comelnya tidak lagi melecet dan berbekas.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN

Menjengah ke ruangan komen, ibu-ibu juga turut menceritakan pengalaman sama anak mereka yang mempunyai masalah clubfoot namun dengan izin Allah keadaan semakin pulih. Warganet juga mendoakan urusan wanita itu dipermudahkan sentiasa.

masalah clubfoot

masalah clubfoot

masalah clubfoot

Sumber: TikTok NorZaina Wardah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×