Sihat

‘Bukan Daging Sebenar Pun’- Ini Sebab Kenapa Mak Ayah Kena Stop Bagi Anak Makan Sosej

339
SHARES

Sebut sahaja makanan segera seperti sosej, pasti anak-anak yang tiada selera makan pun akan terus berselera. Bukan sahaja dimakan dengan begitu sahaja, kadang-kadang si ibu perlu juga menuruti permintaan anak-anak yang meminta sosej ini dimasak seperti juadah makanan utama yang lain. Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa kandungan sosej seperti yang dinyatakan dalam bungkusan adalah bukan daging ayam atau lembu yang sebenar!

SOSEJ BUKAN DAGING SEBENAR!

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali.

Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Tinggi kandungan lemak tepu ( lemak trans meningkatkan risiko kanser)

2. Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)

3. Tinggi bahan pengawet

4. Boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan

5. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

JANGAN JADIKAN HIDANGAN UTAMA ANAK ANAK

Menurut Dr. Zubaidi, makanan segera seperti sosej ini tidak boleh diambil secara kerap kerana berbahaya untuk anak-anak kecil. Apa yang merisaukan adalah makanan sebegini dapat menjadi punca obesiti anak-anak yang semakin meningkat dewasa.

Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT. Nak makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik mengenai pemakanan, anda boleh rujuk Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga info ini memberikan kebaikan kepada semua yang membacanya!

Sumber: KKM, Dr. Zubaidi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×