Hebahan

Marks & Spencer Kini Di Pulau Pinang, Menawarkan Pilihan Terbaik Dari Britain!

Marks and Spencer Malaysia

Marks & Spencer menawarkan pilihan terbaik dari Britain  ke Pulau Pinang dengan M&S ketujuh di Malaysia

Terkenal dan digemari oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, Marks & Spencer (M&S) sememangnya sinonim dengan produk kegemaran British yang terbaik. Sejak pembukaan M&S yang pertama di Malaysia pada tahun 1993, M&S membawa pelbagai fesyen, makanan dan produk penjagaan badan yang premium British kepada kita. Tahun ini menandakan satu lagi pencapaian besar bagi peruncit British ini, dengan bukan hanya satu, tetapi dua outlet tambahan di luar Lembah Klang. Pada bulan September 2014, M&S telah melancarkan M&S keenam di KOMTAR Johor Bahru City Centre, dan sekarang, rakyat Pulau Pinang juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah di M&S di bandar mereka sendiri!

Sebagai salah satu peruncit utama di UK, M&S dikenali kerana produk berkualiti tinggi pada nilai hebat, serta kudapan dan manisan dan barang runcit yang bermutu dan lazat. Diasaskan pada tahun 1884, sekarang M&S mempunyai 815 buah outlet di UK dan lebih 470 buah outlet antarabangsa di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Asia. Di Malaysia, enam outletnya yang lain terletak di Suria KLCC, Bandar Utama, The Gardens Mall, Sunway Pyramid, Paradigm Mall dan Komtar JBCC.

Terletak di New Wing Extension di Tingkat Bawah Gurney Plaza, Pulau Pinang, M&S Malaysia yang ketujuh ini mempunyai keluasan kira-kira 15,000 kaki persegi dan adalah kedai pertama di negara ini yang mempunyai rupa dan persekitaran baharu untuk bahagian pakaian wanita.

Marks & Spencer Pulau Pinang terletak di Plaza Gurney

Marks & Spencer Pulau Pinang terletak di Plaza Gurney

Wajah dan reka bentuk baru bahagian pakaian wanita

M&S Gurney Plaza adalah outlet yang pertama di Malaysia untuk menampilkan wajah baru bahagian pakaian wanita. Perubahan tersebut termasuk:

  • ‘Zon Aluan’ berimpak tinggi mengetengahkan trend terkini dan paling popular sebaik sahaja anda melangkah masuk ke M&S;
  • Wajah baru untuk bahagian destinasi seperti Dress Shop dan Holiday Shop;
  • Navigasi outlet yang diperbaharui dengan lebih paparan visual di hadapan setiap bahagian;
  • Lebih cadangan pakaian dipaparkan di seluruh outlet untuk memberikan inspirasi kepada pelanggan-pelanggan.

Encik Bruce Findlay, Pengarah Wilayah Asia M&S dan Encik Paul Rennie, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia turut menyertai pasukan M&S untuk perasmian pembukaan kedai M&S yang baru dengan upacara memotong reben tradisional. Pelanggan-pelanggan setia M&S kemudiannya dijemput untuk turut serta dalam sambutan hari pembukaan, dihos oleh Elaine Daly, pengacara TV terkenal, model dan pelakon. Pertunjukan fesyen koleksi terbaru M&S dan persembahan tarian singa tradisional juga diadakan pada hari pembukaan.

Encik Bruce Findlay menyatakan: “Kami gembira M&S baru kami di Gurney Plaza kini dibuka dengan rasminya, yang mempunyai rupa dan suasana baharu yang menarik untuk bahagian pakaian wanita. Seperti biasa, M&S akan menawarkan fesyen popular dan barangan makanan kepada para pelanggan di Pulau Pinang, supaya mereka boleh membeli-belah dengan mudah di bandar mereka sendiri. Kami menerima sambutan yang hebat daripada pelanggan-pelanggan kami dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan lebih ramai orang ke kedai kami.”

Warga Pulau Pinang tidak lagi perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah di M&S kerana outlet ini juga menawarkan produk-produk yang sama seperti yang ada di mana-mana cawangan M&S di negara ini, termasuk pakaian wanita, pakaian lelaki, produk kecantikan dan barangan makanan – pengalaman membeli-belah yang sama di M&S.

Koleksi untuk lelaki juga ada di Marks & Spencer

Koleksi untuk lelaki juga ada di Marks & Spencer

Kualiti yang bagus, koleksi pakaian yang bergaya

M&S menawarkan kualiti luar biasa yang dipadankan dengan trend terkini. Di M&S yang baru ini pelanggan-pelanggan dapat memilih pakaian yang berkualiti dengan fesyen trend yang baru.

M&S mempunyai pelbagai jenama pakaian eksklusif tersendiri yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan, setiap jenama mempunyai wajah dan identiti yang berbeza, ini memberikan pelanggan untuk memilih pakaian yang sesuai dengan citarasa peribadi. Sebagai contoh, untuk wanita, M&S Collection dengan kualiti pereka fesyen pada harga yang berpatutan; manakala Indigo Collection terdiri daripada denim dan pakaian kasual. Bagi lelaki, M&S Collection memberikan perhatian kepada perinci dalam setiap pakaian, sementara Blue Harbour menawarkan gaya klasik utama British, termasuk baju polo ‘preppy‘ dan chinos.

 

Makanan yang berkualiti tinggi

Food Hall yang berluasan 811 kaki persegi manawarkan makanan M&S dengan kualiti tinggi dan segar. Lebih daripada 600 produk makanan boleh didapatkan termasuk kegemaran tea time British seperti shortbread, jem dan teh English Breakfast; produk manisan dan hadiah perayaan; pelbagai pilihan seperti biskut, ginger snaps, puff beri biru dan snek yang sedap.

 

[infobox title=’Mengenai Marks & Spencer’]

  • Marks & Spencer adalah salah satu peruncit terkemuka di UK. M&S menjual pakaian dan produk rumah berkualiti tinggi dan nilai hebat, dan makanan yang bermutu.
  • Marks & Spencer diasaskan pada tahun 1884 dan pada kini mempunyai 800 buah kedai di UK dan 470 buah kedai antarabangsa di Eropah, Timur Tengah dan Asia.
  • Di Malaysia, outlet M&S didapati di: Suria KLCC, Bandar Utama, The Gardens Mall, Sunway Pyramid, Paradigm Mall and Komtar JBCC.
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari http://corporate.marksandspencer.com

[/infobox]

 

[infobox title=’Mengenai Robinson Group (sebahagian daripada Al-Futtaim Group)’]

  • Robinson Group, rantaian stor departmental dan stor khas di Singapura, menjadi sebahagian daripada Al-Futtaim Group pada tahun 2008.
  • Robinson Group berkerjasama dengan Marks & Spencer sejak tahun 1987 dan beroperasi stor-stor M&S in Singapura dan Malaysia.
  • Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari visit al-futtaim.ae

[/infobox]

 

[infobox title=’Mengenai Gurney Plaza’]

  • Terletak di lokasi strategik di sepanjang persiaran Gurney Drive yang terkenal, Gurney Plaza adalah pusat membeli-belah gaya hidup utama di Pulau Pinang yang menawarkan lebih 400 buah kedai runcit, F&B dan pusat hiburan.
  • Terletak kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar Georgetown, Gurney Plaza adalah pusat membeli-belah yang popular dikunjungi oleh para pelancong dan penduduk tempatan.
  • Pada tahun 2013, pusat membeli-belah ini turut memenangi ‘Anugerah Kecemerlangan Pengalaman Membeli-belah yang Terbaik’ dalam Expatriate Lifestyle’s The Best of Malaysian Awards.

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×