Famili

Anak Ikhtiar Guna Tangki Air Selamatkan Ibu Hidap Asma Dalam Banjir, “Dia Tak Boleh Kena Sejuk..”

2
SHARES
mangsa banjir

Awal pagi tadi, media tempatan melaporkan seorang mangsa banjir di Kota Bharu, Kelantan yang mempunyai penyakit asma telah diselamatkan oleh anaknya sendiri menggunakan tangki air.

Mangsa, Rosliza Ibrahim, 58, yang tidak boleh kesejukan dikatakan berada dalam keadaan serius setelah rumah mereka di Kampung Sri Kulim, Melor, dinaiki air sedalam dua meter.

Baca juga: [TERKINI] Hujan Berterusan Cecah Tahap Bahaya di Kelantan, Adakah Banjir Terburuk 2014 Bakal Berulang?

MANGSA BANJIR DISELAMATKAN GUNA TANGKI AIR OLEH ANAKNYA

mangsa banjir

Gambar BERNAMA: Ikhtiar guna tangki air untuk pindahkan ibu selepas menunggu bot penyelamat lebih dua jam.

Situasi tersebut mendorong anak lelakinya, Mohammad Shaher Rahalim, 33, berikhtiar bersama rakan yang lain mencari tangki air polietilena untuk mengangkut mangsa ke tempat yang lebih selamat.

“Ibu menghidap asma sejak 20 tahun lalu dan dia tidak boleh berada dalam keadaan kedinginan.

“Saya berusaha menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bot penyelamat namun selepas menunggu lebih dua jam dan melihat keadaan ibu semakin serius, saya serta rakan mencari ikhtiar bagi membawanya keluar,” katanya kepada BERNAMA.

Baca juga: “Lama Dia Bersila, Ada Hari Baring…” Sikap ‘Rider’ Kerap Ziarah Pusara Ibunya, Buat Pengunjung Lain Hiba

Baca juga: “Tempat Saya Banjir, Boleh Ke Nak Jamak Solat?”- Ustazah Asma’ Harun Beri Jawapan

Anak sulung itu berkata, sebaik diselamatkan dan berjumpa semula dengan adik, Nur Shasabila, 26, mereka menunggu pula bapa, Rahalim Ismail, 61, yang dibawa keluar dengan bot penyelamat Jabatan Pertahanan Awam.

Mohamad Shaher berkata, walaupun ibu bapanya sudah dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, mereka masih tidak dapat mendaftar kerana jumlah mangsa banjir sudah terlalu ramai di PPS itu.

“Kami kemudian memutuskan untuk membawa ibu bapa ke rumah saya di Kampung Alor Bakat bagi membolehkan mereka berehat dengan lebih selesa dan kesihatan terjaga,” katanya.

Dia juga bercadang untuk mendaftarkan ibu bapanya di mana-mana PPS berdekatan esok.

Baca juga: Resepi Lazat Ubi Tonyoh ‘Favourite’ Atok Nenek, Paling Laris Tiba Musim Tengkujuh!

Sumber: Berita Harian

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×