Sejak kebelakangan ini, banyak kes yang melibatkan kemalangan berpunca daripada struktur jalan raya yang tidak rata dan berlubang. Oleh itu, pemantauan ketika anak-anak bermain amatlah penting supaya dapat memastikan mereka berada dalam keadaan selamat terutama sekali apabila bermain di kawasan luar rumah.
Namun, ada juga segelintir ibu bapa yang leka dan membiarkan anak bermain di luar rumah sehingga boleh membahayakan nyawa mereka sendiri!
KANAK-KANAK NYARIS MAUT DILANGGAR
Terbaharu, seorang kanak-kanak nyaris dilanggar kenderaan kerana bermain basikal di jalan raya tanpa pemantauan ibu bapa. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Changkat Jering-Pantai Remis.
Video berdurasi 27 saat ini memaparkan seorang kanak-kanak berbasikal yang secara tiba-tiba masuk ke tengah jalan raya dimana kawasan lalu lintas agak sibuk. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak tersebut hampir dilanggar oleh sebuah kereta jika kereta tersebut tidak memperlahankan kenderaan.
‘HARAP IBU BAPA LEBIH PEKA’
Video yang dimuatnaik ini mendapat perhatian warganet dimana ramai yang menyuarakan bahawa ibu bapa kanak-kanak tersebut sepatutnya lebih peka dengan keadaan sekeliling.