Tech

Mamypoko Perkenal Inovasi Antimos, ‘Lampin Bayi Anti Nyamuk’ Pertama Di Dunia. Ini 5 Keistimewaannya

10
SHARES
antimos mamypoko

Inovasi lampin bayi yang selalu kita dengar ialah kadar serapan yang lebih tinggi, boleh tahan lama, nipis, tak berat dan selesa dipakai oleh bayi kan? Tapi kali ini Mamypoko membuat sedikit kelainan dengan memperkenalkan Lampin Antimos -MamyPoko Extra Dry Protect.

Menarik kan?

Jom kita ketahui lebih lanjut tentang lampin bayi anti nyamuk pertama di dunia ini.

Mamypoko Antimos – Lampin Bayi Halau Nyamuk Pertama Di Dunia

Dalam usaha membantu bayi tidur dengan lebih lena, Mamypoko telah menambah satu lagi ciri inovasi yang tak kurang menariknya, lebih-lebih lagi untuk ibu bapa di Malaysia.

Bersama dengan pelancarannya Oktober lalu, MamyPoko juga melancarkan Kempen Kesedaran Denggi bagi menggalakkan ibu bapa mengambil langkah di rumah untuk memerangi denggi.

Berikut adalah 5 ciri Mamypoko Antimos untuk si comel anda.

1. Bagaimana Ia Berfungsi?

Keunikan utama lampin MamyPoko Antimos ini adalah ianya dilengkapi dengan ekstrak serai wangi yang terletak pada permukaan pita pelekat lampin.

Seperti yang kita tahu, serai wangi adalah antara komponen semulajadi yang sering digunakan dalam pelbagai produk termasuklah minyak pati yang sangat dibenci oleh nyamuk.

Antimos ini memberikan kesan yang serupa dengan penghalau nyamuk di mana aroma serai wangi akan membantu untuk menghalau nyamuk.

2. Cara Menggunakan

So, bagaimana cara nak menggunakan lampin pakai buang ini?

Caranya mudah saja, cuma perlu gosok pada pita pelekat tu mengaktifkan fungsi Antimos tersebut.

Nanti barulah aroma serai wangi tu akan keluar dan melindungi bayi daripada nyamuk.

Boleh rujuk gambarajah di bawah ini.

mamypoko antimos

mamypoko antimos

mamypoko antimos

3. Aroma Serai Wangi Boleh Bertahan Hingga 6 Jam

Aroma ini boleh bertahan sehingga 6 jam setelah menggosok pita.

Gosok atau gores pita dengan lebih kuat untuk mengaktifkan mikrokapsul dan mengeluarkan lebih banyak aroma serai wangi.

Ia juga selamat untuk bayi kerana ia bebas DEET, bebas alkohol, dan tidak bersentuhan dengan kulit.

4. Adakah Ia Masih Berkesan Jika Bayi Dipakaikan Seluar?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya juga, kalau bayi pakai seluar, adakah ia masih boleh berfungsi untuk menghalau nyamuk.

Kajian kami telah menunjukkan bahawa aroma serai wangi masih berfungsi di bawah pakaian biasa. Kesan penghalau datang daripada aroma, jadi semakin nipis pakaiannya, semakin baik kesannya.

5. Harga Pasaran Di Malaysia

Mamypoko Antimos ini boleh didapati di kedai-kedai runcit utama mulai Oktober lalu dan ia juga boleh dibeli secara atas talian di platform seperti Lazada, Shopee, Motherhood.com.my, dan sebagainya dengan saiz dari M hingga XL.

Ada kedai terpilih menawarkan harga pengenalan serendah RM39.99 manakala kami tengok kebanyakan online store menjualnya sekitar harga RM40-RM43 bagi setiap pek tunggal.

Untuk info lanjut tentang produk ini atau pembelian online, sila rujuk laman web rasmi Mamypoko di pautan berikut: https://www.mamypokoagainstdengue.com/

Dah Cuba? Jom Kongsikan Review Anda

Rasanya inovasi ini memang unik dan sesuai untuk ibu bapa di Malaysia.

Kalau si kecil selalu kena gigit nyamuk tu, bolehlah cuba lampin ni.

Bagi ibu-ibu yang dah cuba, bolehlah kongsikan keberkesannya di ruangan komen.

Mesti ramai nak tahu kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×