Hebahan

Malaysian Busy Book Society Sumbang Hasil Kreativiti Demi Anak Istimewa

368
SHARES

Kuala Lumpur, 18 November 2016 – Seperti anak-anak normal yang lain, mereka yang berkeperluan khas seperti autisme, sindrom down, disleksia, dan sebagainya juga wajar menerima galakan dan dorongan untuk belajar serta bermain.

Salah satu cara untuk menggalakkan mereka beraktiviti adalah dengan menggunakan ‘busy book’. Berbanding buku-buku biasa yang terdapat di pasaran, buku ini direka khas oleh para pembuat kraf yang mahir dan bersemangat untuk memperincikan setiap butiran dalam hasil kerja mereka demi meningkatkan kebolehan anak-anak istimewa ini.

Bagi yang belum tahu, ‘busy book’ mengandungi pelbagai aktiviti yang dapat merangsang perkembangan motorik dan menguatkan daya fokus selain memperkenalkan anak-anak kepada pengetahuan asas. Contohnya, cara mengikat kasut, membuka dan menutup zip, mengira, mengenal warna dan bentuk, suai padan gambar dan sebagainya.

Dengan adanya aktiviti yang menarik ini dalam mukasurat yang berwarna-warni, ia tentunya dapat menarik minat anak-anak terhadap buku di samping menggalakkan mereka untuk meneroka serta menonjolkan kebolehan yang belum pernah mereka ketahui.

Contoh busy book oleh edutosworld

Majlis Penyerahan Bertempat Di Excel Qhalif Learning Centre

Kempen ini menyasarkan pengumpulan ‘busy book’ daripada pembuat kraf seluruh Malaysia sebagai salah satu tanda keprihatinan masyarakat kepada anak-anak istimewa ini.

‘Busy book’ buatan khas ini akan disalurkan kepada anak-anak istimewa ini melalui pusat-pusat berdaftar di seluruh Malaysia. Majlis penyerahan rasminya telah dilangsungkan di Excel Qhalif Learning Centre, Kajang, Selangor.

Golongan yang disasarkan ialah golongan anak-anak istimewa berusia 2 hingga 4 tahun mengalami lewat perkembangan seperti ‘speech delay’, autisme, sindrom down, disleksia dan sebagainya.

busy-book-malaysia-4

busy-book-malaysia-2

Hasil Kreativiti Pembuat Kraf Dan Ahli Malaysian Busy Book Society  (MBBS)

Kolaborasi dengan Malaysian Busy Book Society (MBBS) , terutamanya Presiden Puan Rosilawati Wahid telah membantu menyebarkan usaha murni ini kepada orang ramai dan mendapat sokongan daripada sebahagian besar ahli-ahlinya yang terdiri daripada surirumah dan peniaga kecil-kecilan. Buat masa ini terdapat 18 orang penyumbang yang telah sudi menyumbangkan hasil ‘busy book’ buatan mereka.

Program ini adalah sebahagian daripada usahasama dengan Malaysian Busy Book Society (MBBS) dengan SirapLimau.com.

busy-book-malaysia-3

Senarai Penyumbang ‘Busy Book‘ Yang Bakal Diagihkan Ke Pusat Pembelajaran Anak Istimewa Seluruh Negara

Berikut adalah senarai nama penyumbang yang telah bersusah payah menghasilkan ‘busy book’ yang sangat menarik dan comel!

 

NO. NAMA AKAUN MEDIA SOSIAL
1. Nuraimie Shazren Facebook Page: nuraimie shazren bt zainal bahari

Instagram : handmade_by_amyshazren

2. Iryani binti Daud Facebook Peribadi: Eiryannie Daud

Facebook Page: bzbookbykms

Instagram : bzbook_by_kms

3. Siti Nor Fazruaini Rusli Facebook Page : Softbook Hijaiyah
4. Siti Halijah Binti Mohd Saleh Facebook Peribadi : Siti Halijah

Facebook Page: Ieja Craft’s

5. Nurul Huda Binti Ahmad Website: Tulippetals.com

Facebook page: Tulip Petals

Instagram: TulipPetalsCraft

Whatsapp: 011-14999711

6. Nor Fatihah Binti Muhammad Jaki Facebook Peribadi: Nor.fatihah.73

Facebook Page: busybookpvcleather

Instagram: busybookpvcleather_iqbb

7. Siti Haryani Facebook Page: yaniso cute craft

Blog: yanisocutecraft.blogspot.com

Instagram: yanizyanis

8. Umairah ahmad jamaah Facebook Peribadi: umairah jamaah

Facebook Page: booku cbook

9. Ida Susilawati Bt Masduki Facebook Page: House Of ummi

Instagram: HOUSE OF UMMI CRAFT

Whatsapp: 013-8042930

10. Norlaili Zakaria Facebook peribadi / Instagram : Laily Zakaria

Facebook Page : Laiez Craft

11. Noor Haizan Baharuddin Facebook Page: imakecraft

Instagram : imakecraft

Email : [email protected]

Whatsapp : 016 -7755 164

12. Nuruljannah binti Kintan Whatsapp: 018-212 5256

Instagram: shinnahashoppe

Facebook Peribadi : Jannah Shinnaha

Facebook Page: Shinnaha Shoppe

13. Siti Afiqah Binti Yosri Facebook Peribadi: SITI AFIQAH

Facebook Page: CRAFT EIKA’S IDEAS

Whatsapp: 011-32090077

14. Siti Fatimah Ibrahim Facebook Page: MyHomeschool

Facebook Peribadi: Siti Fatimah

15. Nasira Binti Mading Facebook Peribadi : Nasira Hj Mading

Instagram: nasiramading_ira0308

Whatsapp : 0138706718

16. Norhayati binti Hassan Facebook Peribadi: Chieq T Hassan (Part Time Crafter)

Whatsapp: 012-341 2682

17. Nurul Faiza binti Tuban Website: Edutoysworld.com

Facebook page: Edutoysworld

Instagram: edutoysworld

Whatsapp: 012-7752910

Email: [email protected]

18 Rosilawati binti Wahid Blog : www.nice2craft.com , rosilawatiwahid.blogspot.com

Facebook Peribadi: rosilawatiwahid

Facebook Page : nice2craft

Instagram : nice2craft, rosilawatiwahid

Whatsapp : 0123013341

Email : [email protected]

Mengenai Malaysian Busy Book  Society (MBBS)Malaysian Busy Book Society (MBBS) diwujudkan bagi berkongsi minat serta bertukar-tukar pandangan tentang pembikinan ‘busy book’ secara online.

Penubuhannya juga bertujuan memudahkan rujukan dan bertindak sebagai platform untuk berkongsi pengalaman agar dapat dimanfaatkan oleh semua, terutamanya mereka yang baru berjinak-jinak dalam pembuatan ‘busy book’.Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.facebook.com/groups/1632465643688115/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×