Hebahan

Malaysia Terima Dua Lagi Anugerah PATA 2016

6
reads

PATA Malaysia menerima Anugerah Spirit of PATA 2016 sebagai pengiktirafan penyertaan aktif di dalam menganjurkan program-program bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia. Manakala, Taylor’s Student Chapter of PATA Malaysia pula memenangi Anugerah Kecemerlangan PATA.

Menerima anugerah tersebut, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan YB Dato’ Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, “Anugerah ini adalah pengiktirafan kerja keras ahli-ahli PATA Malaysia. Mereka telah berikan sokongan sepenuhnya bagi memastikan industri pelancongan Malaysia terus berkembang dan pemain-pemain industri terus berinovasi.”

img_6141

PATA Malaysia aktif di dalam menganjurkan program-progam pendidikan dan berkaitan industri. Pada tahun 2015, ia telah menganjurkan Makan Malam PMC Fellowship yang diadakan bersama dengan AGM PMC ke-35, program Travel Trade Exchange (TRAVEX) di Kota Kinabalu dan Pameran Kerjaya Pelancongan.

2016 merupakan tahun yang sibuk dimulai dengan Makan Malam Fellowship diikuti dengan Bengkel Pengurusan Komunikasi Krisis di Kuala Lumpur, sesi rangkaian dengan Singapura dan Thailand di Port Dickson. Akan dating pula adalah sesi rangkaian perniagaan di Sarawak dan Pameran Kerjaya Pelancongan ke-3 pada penghujung tahun.

TOURISM MALAYSIA merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia. Tourism Malaysia focus di dalam tugas mempromosikan Malaysia pada semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah berkembang dan menjadi sebuah pemain utama di arena antarabangsa. Pada tahun 2015, Malaysia mencatatkan ketibaan 25.7 pelancong dan RM69.1 billion perolehan.

Yang Popular

To Top