Nur

Ubah Ke Cara Hose Bidet Tegantung Ala Jepun, Ini Konsep Taharah Tandas Dalam Islam

1.3K
SHARES

Dari segi bahasa ,taharah ialah suci dan bersih daripada segala kekotoran dan kecemaran, sama ada pada hissi (suatu yang dapat disentuh dan dilihat) atau maknawi (suatu yang tidak dapat dilihat atau disentuh). Menurut istilah syarak, taharah atau bersuci ialah suatu amalan atau perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengangkat hadas, menghilangkan najis atau suatu perbuatan yang mengandungi makna keduanya seperti berwudhu’, mandi, tayamum, istinjak dan lain-lain.

Bercakap soal kebersihan, pastinya anda pernah menggunakan tandas di kawasan rehat dan rawat di lebuhraya bukan? Sudah pasti kondisinya kadang-kadang berada pada tahap yang tidak memuaskan tambah pula dengan hose bidet yang selalu jatuh ke bawah. Jadi, ini sedikit perkongsian idea dari seorang jurutera untuk pihak tertentu menggunakan teknik hose bidet macam di Jepun pula.

Konsep taharah tandas Malaysia

Setiap kali saya menggunakan tandas awam terutamanya di R&R hiway tentu geli geliman kerana hose bidet berselerak dilantai. Lantai tandas pula bukannya bersih kerana pengguna Malaysia jarang membersihkan tandas mereka seperti di Jepun atau Iran. Dalam Islam konsep taharah iaitu suci dan bersih dari najis. Ianya anak kunci syarat sah solat dan wajib diatas tiap muslim dan muslimah.

Semasa mula bertugas di UIAM tahun 1996 saya memperkenalkan hose bidet gantung agar tidak berselerak dilantai. Konsep saya telah dibawa kepada pengurusan UIAM dan satu mockup dibuat agar semua pegawai atasan UIAM nampak kebaikkannya.

KONSEP JEPUN HOSE BIDET TERGANTUNG

Bukan itu sahaja, saya menggunakan ramai staff berbadan gemok dan kurus untuk menggunakan hose bidet tergantung agar ianya praktikal samada ditandas duduk atau tandas cangkung. Sebagai jurutera saya perlu memastikan konsep baru ini boleh digunakan oleh semua orang tanpa apa apa masalah.

Pengurusan UIAM telah bersetuju dengan konsep saya dan semua tandas awam projek pembangunan menggunakan cara hose bidet tergantung terutamanya bangunan hostel dan kulliyah.

Saya pernah menulis kepada pihak PLUS agar menggunakan cara ini ditandas R&R mereka tetapi tidak dilayan. Semoga ada pegawai atasan PLUS yang membaca catatan ini agar konsep taharah dalam Islam dapat diterapkan di R&R Hiway.

* gambar pertama di tandas R&R hiway.
* gambar kedua dan ketiga di tandas UIAM.

“Hidup biar manafaat pada orang lain”

Sumber : Zainuddin Omar 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×