Pilihan Editor

Aplikasi MakcikTravels.Com Sediakan Khidmat ‘Peneman’ Buat Wanita Supaya Lebih Selamat!

285
SHARES

Sejak kebelakangan ini, banyak kes yang sering kita dengar di berita utama yang melibatkan kes keselamatan wanita. Walapun banyak syarikat yang menawarkan servis perkhidmatan pengangkutan tidak kira dari jarak yang dekat atau jauh, tahap keselamatan kaum wanita masih berada pada paras yang membimbangkan.

Oleh itu, ada dalam kalangan wanita muda dan juga yang berumur mengambil inisiatif untuk menceburkan diri dalam bidang yang dimonopoli oleh kaum lelaki iaitu menjadi pemandu servis pengangkutan. Hal ini supaya para wanita yang menggunakan servis ini lebih selesa dan terjamin keselamatan untuk bergerak. Nak tahu apakah servis terbaharu untuk wanita ini? Jom kita tengok apa yang menarik.

APA YANG MAKCIKTRAVELS BOLEH BUAT?

Viral juga di laman media sosial dimana seorang makcik mengambil keputusan untuk menjadi pemandu Grab iaitu servis pengangkutan jarak dekat dan jauh. Jadi, ini mencetuskan idea kaum wanita untuk mewujudkan satu aplikasi yang akan dimonopoli oleh golongan makcik, menawarkan servis ‘peneman’ buat kaum wanita.

Walaupun servis aplikasi ini masih baharu dan kurang mendapat perhatian, MakcikTravels.com pasti akan menjadi buah mulut orang ramai kerana keberkesanan servis yang ditawarkan.

Diasaskan oleh seorang wanita juga, Dr Sazlina Kay mengambil langkah ini supaya keselamatan dan keselasaan wanita terjamin tidak kira dimana jua.

PERKHIDMATAN PENEMAN WANITA!

Bukan sahaja menawarakan khidmat pengangkutan, aplikasi ini juga dapat menawarkan servis peneman kepada wanita seperti peneman untuk melakukan check-up di klinik. Kalau anda nak servis peneman ketika travel pun boleh. Memang menarik!

Bukan itu sahaja, servis MakcikTravels ini juga merangkumi servis menyusun atur aktiviti percutian dan umrah anda juga.

*Buat anda yang memerlukan pertolongan dan peneman di saat bersendirian, apa kata cuba aplikasi yang khusus untuk wanita sahaja.

Sumber : MakcikTravels.comsitisarahnr

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×