Mencari makanan untuk legakan sakit sering menjadi pilihan ramai yang mahu meredakan ketidakselesaan tubuh tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubat.
Pemakanan yang kaya nutrisi bukan sahaja membantu mengurangkan keradangan, malah menyokong fungsi otot, saraf dan peredaran darah.
Baca juga: Doktor Cerita 3 Hal INI Sering Bermain Di Bibir Pesakit Sebelum Ajal Tiba, Mesti Ulang-Ulang Cakap
MAKANAN UNTUK LEGAKAN SAKIT, SEMUA BAHAN SEMULA JADI

Freepik
Berikut adalah beberapa pilihan makanan untuk legakan sakit jenis masalah yang dialami.
1. Darah tinggi – Aprikot, Avokado & Anggur
Buah-buahan seperti aprikot, avokado dan anggur kaya dengan kandungan potasium yang berfungsi mengawal kontraksi otot pada saluran darah.
Mineral ini membantu menstabilkan tekanan darah dengan mengurangkan ketegangan pada pembuluh darah. Selain itu, Pengambilan makanan tinggi potasium secara konsisten dapat menyokong kesihatan kardiovaskular dan membantu menurunkan tekanan darah secara semula jadi.
2. Sakit Punggung – Pisang & Avokado
Pisang dan avokado juga mampu menjadi makanan untuk legakan sakit kerana mengandungi sumber tenaga yang lembut pada sistem pencernaan. Kandungan karbohidrat kompleks dalam pisang dan lemak sihat dalam avokado memberi tenaga berpanjangan tanpa membebankan tubuh.
Kombinasi nutrisi ini membantu tubuh kekal bertenaga ketika mengalami sakit punggung, sekaligus mengurangkan tekanan fizikal yang boleh memburukkan lagi ketidakselesaan.

Freepik
3. Sakit Bahu – Minyak Zaitun & Bayam
Minyak zaitun mengandungi komponen anti-inflamasi yang terbukti membantu menurunkan keradangan pada otot dan sendi. Sayuran hijau seperti bayam pula kaya dengan antioksidan serta mineral penting yang menyokong kesihatan tisu otot. Gabungan kedua-duanya membantu mengurangkan bengkak, meningkatkan fleksibiliti, dan mempercepatkan proses pemulihan bahu.
4. Sakit Kepala – Almond, Kentang & Pisang
Makan untuk legakan sakit selanjutnya adalah almond, kentang, pisang dan bayam kerana ini merupakan sumber magnesium, potasium dan vitamin B yang penting untuk sistem saraf.
Magnesium membantu meredakan ketegangan otot, manakala potasium mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam tubuh. Nutrisi ini dapat mengurangkan aktiviti saraf yang berlebihan, sekali gus meringankan gejala migrain dan sakit kepala.
5. Makanan untuk legakan sakit – Sakit Leher – Teh Halia & Garam Batu
Garam batu mempunyai sifat mengurangkan keradangan, manakala teh halia pula terkenal dengan khasiat antibakteria dan anti-inflamasi. Campuran kedua-duanya membantu mengurangkan ketegangan otot di bahagian leher, mengurangkan rasa nyeri, dan menyokong proses pemulihan dengan lebih cepat.
Jika kesakitan berlarutan atau semakin teruk, pemeriksaan perubatan profesional tetap diperlukan. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Kit Self-Test Influenza Di Pasaran Belum Dapat Kelulusan MDA, Diagnosis Perlu Disahkan Doktor
Sumber: Facebook Susanti Santi
