Cantik

6 Makanan Ini Punca Jerawat Asyik ‘Hinggap’ Di Muka

“Arrgh…. Stres betul aku dengan jerawat ni. Elok je dia ‘landing’ atas hidung. Nanti nak kena pergi jumpa klien pulak tu. Kenapalah asyik naik jerawat je lately ni?”

Memang ada sesetengah orang mengalami masalah kulit dan cenderung ada masalah jerawat. Faktor-faktor lain menyebabkan jerawat antaranya termasuklah bakteria dah hormon. Namun menurut kajian yang dilaporkan menerusi healthline.com, diet seseorang turut menyumbang kepada masalah tersebut. Ini bermaksud, ada orang yang mudah naik jerawat akibat reaksi terhadap sesetengah makanan.

Nak tahu apa jenis makanan tu? Jom tengok di bawah.

6 Jenis Makanan Ini Punca Jerawat Makin Rajin Hinggap Di Muka

1. Gula Putih & Refined Carbohydrate

Menurut ahli dermatologi Marina Peredo, M.D. dalam Men’s Journal, gula putih mengandungi agen keradangan yang boleh memburukkan kondisi kulit, terutamanya mereka yang berkulit sensitif. Selain gula putih, karbohidrat berproses (refined carbohydrate) juga menaikkan kadar gula dengan cepat dan mudah menyebabkan jerawat, seperti:

  • Roti putih
  • Biskut atau bijirin
  • Nasi putih
  • Soda dan minuman manis
cara kurang masin

Foto Kredit: habitfresh.com

2. Makanan Berlemak & Bergoreng

Selain makanan tinggi gula dan tinggi karbohidrat berproses, seseorang yang cenderung mengalami masalah jerawat juga dinasihatkan agar mengelakkan makanan berlemak dan bergoreng.

Ini kerana makanan seperti ini akan meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.

Elakkan makan roti canai malam-malam

3. Produk Tenusu

Walaupun susu mengandungi banyak kebaikan, terdapat kajian yang mengaitkannya dengan masalah jerawat terutamanya dalam usia remaja.

Namun jika seseorang mengalami masalah kulit, anda mungkin perlu lebih berhati-hati kerana ia dipercayai mengaktifkan kelenjar sebum dan menyebabkan wajah seseorang cenderung menjadi lebih berminyak lalu menyebabkan jerawat.

http://watchfit.com/

4. Minuman Berkafein & Berkarbonat

Minuman berkafein boleh mengganggu tidur anda di samping merembeskan hormon penyebab stres.

Minuman berkarbonat pula mengandungi perlu dijauhi kerana bukan saja ia tidak sihat, malah kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

Foto Kredit: youtube.com

5. Makanan Diproses & Makanan Segera

Mana-mana makanan bukan dari sumber asli biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet.

Jadi, jauhi makanan jenis ini walaupun ia sangat mudah dan senang dinikmati pada bila-bila masa.

"French Fries" tidak bagus untuk kesihatan

“French Fries” tidak bagus untuk kesihatan

6. Makanan Pedas

Orang Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas. Sebenarnya makanan pedas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan menyebabkan muka kita cepat berminyak. Secara tak langsung, ia boleh menjadi masalah kepada kulit.

Kalau suka makan pedas, kenalah rajin-rajin basuh muka bila berpeluh agar tidak mengundang bakteria dan mengelakkan pori tersumbat.

Foto Kredit: yogyakarta.panduanwisata.id

Banyakkan Minum Air & Makan Buah-buahan

Kajian menunjukkan 6 jenis makanan di atas dapat memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Kajian juga menunjukkan pengambilan sesetengah makanan seperti teh hijau dan kunyit boleh mengurangkan masalah keradangan pada kulit.

Oleh itu, banyakkan minum air kosong dan makanlah daripada sumber yang sihat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran. Ia bukan saja baik untuk kulit, tetapi juga untuk tubuh anda seluruhnya!

Most Popular

To Top