6-12 Bulan

Nak Elak Alahan & Sembelit Bila Bayi Mula Makan, Fahamkan 5 Perkara Tentang ‘4 Days Wait Rule’

278
SHARES

“Pejam celik pejam celik, Arda dah nak masuk 6 bulan. Tak sabar bagi dia makan. Macam-macam resepi mommy dah kumpul. Tapi yang mana nak bagi dulu ya?”

Memang teruja bila anak kecil dah boleh makan. Selama ini rasa kasihan bila dia asyik tengok kita makan kan?

Sebenarnya mungkin ramai yang masih keliru dan takut-takut nak bagi bayi makan untuk kali pertama. Yalah, takut tercekik, alahan, sembelit atau cirit-birit bila makanan yang diberi tak sesuai dengan pencernaannya.

Berikut merupakan perkara-perkara yang ibu bapa perlu tahu tentang kaedah ‘4 days wait rule’ untuk bayi yang baru mula makan.

1. Apakah ‘4 Days Wait Rule’?

Untuk memperkenalkan bayi dengan makanan yang selamat, pakar nutrisi menyarankan kaedah ‘4 days wait rule’ iaitu amalan untuk kekal pada satu jenis makanan selama 3-4 hari. Maksudnya, bila dah ‘lulus’, barulah cuba makanan baru selepas tempoh itu.

Contohnya jika anda perkenalkan avokado pada hari Isnin, kekalkan makanan tersebut sehingga Rabu atau Khamis. Kemudian, boleh perkenalkan pada anak makanan lain seperti pisang. Boleh juga campurkan avokado dengan pisang sekiranya tidak meninggalkan kesan alahan seperti bengkak dan kemerahan pada kulit.

Contoh carta ‘4 days wait rule’. / Foto Kredit: Organic Health

2. Tujuan ‘4 Days Wait Rule’

Antara tujuan ‘4 days wait rule’ dijalankan ialah untuk mengesan sama ada bayi mempunyai alahan kepada apa-apa jenis makanan secara spesifik.

Cara ini juga dapat memudahkan ibu bapa untuk mengesan jenis makanan apa yang membuatkan bayi mengalami masalah penghadaman seperti cirit birit, kembung perut atau sembelit.

Lebih baik lagi jika ibu bapa dapat membuat senarai alahan makanan yang ahli keluarga anda alami supaya ibu dapat memberi lebih perhatian kepada bayi ketika memberi makanan tersebut buat pertama kalinya.

Sekaligus, ibu bapa boleh amalkan ‘elimination diet’ iaitu mengambil langkah untuk terus menjauhi kumpulan makanan yang mendatangkan kesan negatif pada kesihatan anak contohnya kekacang atau produk tenusu.

jerawat pada bayi

Foto Kredit: healthawarenesscommunity.com

3. Sampai Bila Perlu Buat Kaedah Ini?

Apabila bayi sudah menjejak usia 9 ke 10 bulan, ibu pasti sudah biasa dengan jenis makanan yang sesuai dan yang perlu dielakkan oleh anak. Maka, kekerapan ‘4 days wait rule’ boleh dikurangkan melainkan jika anak anda jenis yang begitu sensitif terhadap makanan.

Dengan cara ini, anda tidak teragak-agak lagi untuk memberi anak campuran makanan yang anda lihat tidak memberi sebarang kesan alahan atau masalah penghadaman.

Sungguhpun begitu, kita masih perlu perhatikan makanan yang diberikan pada anak, lebih-lebih lagi jenis makanan yang boleh mengundang kepada alahan seperti makanan laut atau telur.

Boleh rujuk kepada pakar untuk dapatkan maklumat pemakanan yang sesuai dengan keadaan anak.

makanan penyebab sembelit

4. Bubur vs Puree

Kepelbagaian menu adalah penting supaya anak dapat dibiasakan untuk menerima makanan tanpa menjadi ‘picky eater’.

Jika dirujuk pada buku kesihatan kanak-kanak yang diberikan oleh klinik kerajaan, saranannya adalah untuk memberi bubur nasi seawal usia 6 bulan. Rasa tawar tak perlu dibimbangkan kerana bayi akan terbiasa dengannya. Puree buah-buahan juga memiliki nutrisi yang tersendiri dan ia boleh diberi kepada bayi.

Yang penting, pelbagaikan sumber nutrisi dan elakkan garam dan gula dalam makanan bayi.

Kebanyakan pakar nutrisi berpendapat waktu terbaik untuk memberi bayi mencuba makanan baru adalah pada waktu sarapan pagi atau makan tengah hari. Ini kerana, reaksi anak pada makanan mudah dipantau dan dirujuk kepada pakar sekiranya perlukan rawatan klinikal.

gula dan garam pada makanan bayi

Foto Kredit: babyfoode.com

5. Bagaimana Pula Kalau Bayi Tak Suka Makanan Itu? Bolehkah Beralih Kepada Makanan Lain?

Semua bayi punya kemahuan yang berbeza. Bukannya mudah untuk mengajak mereka makan apa yang kita sediakan.

Jadi tak salah kalau nak pelbagaikan menu selagi ianya makanan berkhasiat dan anak tak memperlihatkan sebarang tanda alahan sebab ‘4 days wait rule’ ini hanyalah sebagai panduan.

Apapun, ibu jangan berputus asa untuk mencuba semula makanan yang ditolak sebab rata-rata bayi hanya boleh menerima makanan baru selepas 8 ke 10 kali percubaan.

Cuba tarik perhatian anak dengan mengolah makanan agar lebih bervariasi dan berwarna dari sumber asli.

cara atasi stres

Foto Kredit: vn.city

Makanan Hanyalah Sebagai ‘Pelengkap’ Hingga Usia 2 Tahun

Tempoh 2 tahun pertama adalah masa untuk memperkenalkan rasa dan tekstur makanan yang pelbagai kepada bayi. Maka tak perlu ‘frust’ kalau anak tak habiskan semangkuk bubur atau sebiji pisang ya!

Perlu diingat, penyusuan badan juga mestilah diteruskan hingga 2 tahun walaupun kekerapannya mungkin semakin berkurangan.

Sekiranya ibu bapa masih ragu, rujuklah pada pakar nutrisi kanak-kanak. Jika ahli keluarga anda mengalami alahan kepada sebarang makanan tertentu, senaraikan untuk rujukan doktor.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×