Dapur

Maintain Fresh, Ini Tips Untuk Mak Yang ‘Tak Berapa Rajin’ Masak Makanan Bayi Selalu

146
SHARES

“Malasnya nak prepare makanan yang fresh untuk anak aku ni, letih rasa nak tidur je…”

Sudah sinonim dalam kalangan ibu bekerja apabila akan datang mood ‘malas’ untuk masak makanan bayi. Tidak dinafikan, menyediakan makanan untuk anak kecil akan mengambil masa yang lebih lama kerana menu makanan perlu lebih teliti dan menitikberatkan kandungan khasiat dalam makanan tersebut. Jadi, buat ibu-ibu yang tak berapa nak rajin masak tu, ini adalah tips untuk anda ‘cepatkan masa’ penyediaan makanan tapi masih fresh!

CARA NAK MASAK FRESH MEAL UNTUK BAYI DALAM MASA YANG CEPAT

Tips ni hanya applicable untuk not-so-rajin-kind-of-mom tapi still nak prepare fresh meal for the baby.

Sis guna Rusch food processor. Sangat mudah. Paling best sebab

1. Blade boleh buka so senang untuk cleaning process

2. Pengisar dia manual so senang nak buat variety texture of meal.

Caranya (boleh rujuk gambar) :

1. Malam

Ni beras yang direndam pada waktu malam.

-Potong basuh sayur semua bersih bersih letak dalam tupperware dan masukkan dalam peti ais bawah (chiller). Sebelum masukkan dalam chiller, masukkan sekali ayam/ikan/sayur mcm celery yang kita bekukan (tgk gmbr) sekali dlm tupperware tu. Bahan yang dibekukan tu tak perlu dikisar sebelum dibekukan. Cukup dipotong bersih letak dalam bekas ais dan dibekukan.

Ni contoh sayur yang sis frozen kan. Potong dan basuh letak dalam bekas ais letak air . Nanti nak guna just masukkn dlm tupperware sayur. Ayam dan ikan pun sama.

Ni la rupa sayur sayur yang siap dipotong dibasuh bersedia untuk masuk chiller. Bila bgn pagi sayur still fresh and ayam/ikan pun dah defrost. Dalam kiub ais tu ayam . Sebelum kukus pastikan air semua buang dulu ye!

– Beras basuh dan rendam dalam air.

2. Pagi

Sebelum dikukus. Susun elok elok. Dalam botol avent tu beras, kat tepi tepi tu letak la ayam ke ikan sekali dengan sayur pilihan kit

– Keluarkan tupperware yg ada sayur dan ayam/ikan, buang air dan masukkan dalam bekas pengukus.

– Buang air rendaman beras dan gantikan dengan air panas. Masukkan dalam bekas pengukus. Sia guna botol susu avent yg 4oz sebab muat elok dalam bekas pengukus rusch dan tak berani nak guna bekas plastik biasa sbb takut tak tahan panas.

Dah siap kukus buang la air kukusan tu sebelum kita mula blend.

– Kukus semua sekali dalam 30-45min. Air dalam bekas isi air pengukus tu tambah bila perlu tak nak bagi kering sgt air dalam tu.

– Bila dah 30-45min boleh tutup suis atau tunggu je dia off sendiri. Angkat semua buang air dalam bekas pengukus, pastu masukkan sayur2 ayam tu semua. Kemudian air yang dalam bekas nasi tu buang dan nasi tu masukkan sekali dengn sayur ayam semua untuk dikisar.

Haa ni hasil beras dh di masak. Air tu kita buang du ye sebelum masuk pengisar

– Kemudian kisar ikut kemahuan kita. Siap kisar isi dalam bekas makan. Bila nak makan tambahlah evoo. Siap!

Sedia untuk dikisar.

Done bubur. Asing siap siap untuk breakfast and dinner. Lunch sofea makan buah

Sangat mudah dan tak perlu nak risau hangit . Sebelum mandi kita siapkn bila dah siap pakai baju semua boleh kisar. Then off we go to work with a happy heart. Hopefully this tip will help all the mothers out there whether a working mom or SAHM. Ada yang cakap food processor tak guna sangat tp for me sangat sangat berguna. All in one . Jimat masa, jimat tenaga.

Sebelum makan letak evoo beberapa titik.

Sumber : Farieza Ashikin 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×